suria

Jejaka Singapura terkejut followers dari Malaysia bertambah sebab video TikTok! Minat Syafiq Kyle, tapi video tiru lakonan Shaheizy Sam yang viral

Aksi bersahaja Aniq meniru lakonan Shaheizy Sam mencuri perhatian ramai.

AKSI bersahaja seorang jejaka Singapura meniru dialog lakonan Shaheizy Sam dalam filem Adnan Sempit 2 ternyata mencuit hati netizen.

Video parodi oleh Aniq Iskandar, 26, yang dikongsi menerusi TikTok turut meraih perhatian rakyat Malaysia sehingga ia menerima hampir 100,000 tontonan.

Dalam video itu, dia yang mesra disapa Aniq sedang duduk di dalam kereta sambil memainkan sedutan lakonan Shaheizy Sam menerusi telefon bimbit sebelum meniru dialog yang dituturkan secapa spontan.

ARTIKEL BERKAITAN: Feeling habis! Video ‘Shah Rukh Khan Terengganu’ atas jambatan angkat bikin gadis tak senang duduk - “Kami cuba tiru satu persatu”

ARTIKEL BERKAITAN: Walau ramai pertikai peluh di wajah, wanita tak kisah berpanas demi video parodi ‘Kuasa Cintamu’

Bercakap kepada mStar, askar yang menetap di Bukit Batok itu sama sekali tidak menyangka video spontan berkenaan akan menjadi tular sehingga ke negara ini.

"Memang tak jangka, terkejut juga boleh viral sampai macam ni. Tak sangka pun boleh viral sampai ke Malaysia.

Aniq yang berusia 25 tahun menetap di Bukit Batok, Singapura.

"Majoriti terhibur, ramai yang komen emoji gelak. Ada juga yang komen negatif, tapi saya tak ambil perhatian sangat. Saya OK je.

"Biasa, mesti ada satu atau dua akan komen negatif. Tapi video tu cuma main-main, untuk hiburan je," ujarnya sewaktu dihubungi.

Nampaknya macam lebih ramai followers dari Malaysia berbanding Singapura.

ANIQ

Tambah Aniq, dia juga sering menonton drama dan filem Malaysia termasuklah yang dilakonkan Shaheizy Sam, namun lebih meminati Syafiq Kyle.

Dalam pada itu, Aniq mendedahkan dia mula aktif menggunakan aplikasi TikTok sejak tahun lalu.

Aniq sama sekali tidak menyangka video parodinya akan tular hingga ke Malaysia.

Ia berikutan kelapangan waktunya selepas negara itu menguatkuasakan circuit breaker, perintah larangan sebagaimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia dalam usaha mengekang Covid-10 pada tahun lalu.

"Main TikTok ni tak adalah lama sangat, mula sewaktu circuit breaker tahun lalu.

Paparan skrin video yang menerima hampir 100,000 tontonan di TikTok.

"Tapi content saya random je. Apa yang rasa nak buat, buat je," jawabnya ringkas.

Jelasnya lagi, video tular itu juga menyebabkan dia menerima ramai pengikut TikTok baharu yang berasal dari Malaysia.

Aniq aktif bermain TikTok sejak tahun lalu.

"Terkejut juga, nampaknya macam lebih ramai followers dari Malaysia berbanding Singapura.

"Terima kasih follow saya. Rindu pula Malaysia sejak sempadan tutup. Harap semua sihat dan jaga diri sewaktu pandemik ini," ujarnya.

Tambah Aniq, dia kali terakhir berkunjung ne Malaysia pada tahun 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain