suria

“Tak tahu nak klasifikasi ayah saya pengotor atau tak bertanggungjawab” - Anak dedah diperlakukan macam bibik, makan hati di rumah sendiri

Seorang gadis bernama Nana meluahkan rasa kecewa kerana terasa diperlakukan seperti pembantu rumah oleh bapa sendiri. Gambar hiasan

SIAPA yang mampu bersabar apabila melihat rumah yang penat-penat dikemas bertukar menjadi tunggang langgang sekelip mata?

Boleh dikatakan situasi berkenaan terpaksa dihadapi setiap hari oleh gadis ini sehingga membuatkan dirinya tertekan.

Menulis luahan di laman IIUM Confession, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Nana ini berkata dia begitu kecewa dengan sikap bapanya yang mempunyai tabiat buruk sehingga membebankan dirinya dan ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak murung jadi ‘hamba’ kepada 3 adik lelaki malas bekerja, tidur sepanjang hari - “Ayah terbiasa biar mak buat kerja rumah, suami dilayan ibarat raja”

ARTIKEL BERKAITAN: Bersuara sebab geram tengok suami ‘lurus’ jadi hamba abdi keluarga sendiri, isteri akhirnya menangis dengar jawapan balas suaminya

"Macam yang semua tahu sekarang semua student tengah Open Distance Learning, ODL di rumah. Saya agak tertekan sepanjang ODL di rumah sebab ayah saya seorang yang pengotor. Saya tak tahu nak klasifikan ayah saya pengotor atau tidak bertanggungjawab.

"Ayah saya seorang yang bila dia dah duduk di sesuatu tempat, dia tak masukkan kerusi balik ke tempat asalnya. Elok kita susun masuk dalam meja, tapi bila dia dah duduk tak reti nak masukkan balik.

"Sampai dua-tiga kerusi dia bangun tinggalkan. Kalau dah hari-hari macam ni siapa je tak marah? Bila dia dah siap makan pula, dia letak je pinggan atas meja dan pergi cuci tangan.



Nana pernah menangis kerana tertekan gara-gara tidak tahan dengan sikap bapanya. Gambar hiasan.

"Kadang-kadang dia basuh je tangan dia atas pinggan tu (tuang air dalam pinggan). Bila dia makan jajan-jajan atau kerepek, habis tumpah semua dekat lantai. Ayah saya masih kuat lagi ya, tak ada parkinson. Dia baru pencen setahun lalu," tulis gadis berusia 23 tahun ini.

Cerita Nana lagi, apa yang membuatkannya kecewa apabila bapanya langsung tidak mempunyai rasa bersalah atau sedikit rasa bertanggungjawab dek tindakan yang dilakukannya itu.

"Pernah beberapa kali saya masuk saya tengok syampu, segala peralatan mandi berselerak dekat rak dalam tandas.

"Syampu jatuh pun tak diangkat. Bila keluar toilet tak reti nak tutup lampu balik, hari-hari macam ni. Tapi bila kami yang terlupa tutup suis, teruk kami kena marah. Tiada siapa boleh marah dan dia takkan mengaku salah.

Bila kakak-kakak saya nak balik, baru ayah saya kelam kabut kemas rumah. Masa itulah dia berlakon jadi bapa dan suami paling mithali.

NANA (BUKAN NAMA SEBENAR)

ANAK

"Saya jadi marah, ingat saya dan ibu ni bibik ke? Kami dah masak dah mengemas rumah. Takkan benda-benda simple macam ni dia nak harapkan kami yang buat.

"Kadang-kadang saya terpaksa rela biarkan je sebab bila saya kemas ada je yang nak sepahkan balik sampai saya rasa nak menangis. Pernah beberapa kali saya mengemas sambil menangis. Sampai satu tahap saya tak nak keluar bilik sebab saya sakit mata tengok rumah tunggang langgang," ceritanya.

Bagaimanpun menurut Nana, sikap bapanya automatik akan berubah sepenuhnya apabila kakak-kakaknya pulang bercuti di rumah mereka.



Menurut Nana, bapanya akan berubah menjadi lebih rajin apabila kakak-kakaknya pulang bercuti ke rumah mereka. Gambar hiasan

"Bila kakak-kakak saya nak balik, baru ayah saya kelam kabut kemas rumah. Masa itulah dia berlakon jadi bapa dan suami paling mithali.

"Barulah reti nak angkat pinggan, buat kerja, cakap baik-baik dengan isteri. Sedangkan bila mereka tiada, perwatakan dia sangat berbeza," katanya lagi.

Menurut Nana, dia dan ibunya sudah menegur sikap bapanya itu beberapa kali sebelum ini, namun ia ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sehingga membuatkannya tertekan dan mengambil keputusan untuk meluahkannya di laman tersebut.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
bapa pengotor, sikap buruk, bibik, tabiat

Artikel Lain