suria

Pakcik ‘tak percaya Covid-19’ tercungap-cungap buat pengakuan di hospital! Doktor sebak dengar pesanannya ketika tinggalkan bilik rawatan

(gambar kanan) Seorang doktor berkongsi mengenai perbualannya bersama pesakit Covid-19. foto facebook Ahmad Zakimi Abdullah/ LOW LAY PHON/The Star

MASIH ada yang mempercayai bahawa Covid-19 itu merupakan satu teori konspirasi, termasuk spekulasi yang mengaitkan virus itu dengan golongan iluminati.

Keadaan itu sedikit-sebanyak mempengaruhi mereka untuk melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakkan sosial.

Seorang doktor pakar perubatan berkongsi luahan seorang pesakitnya yang dijangkiti Covid-19 sehingga isu mengenai virus itu terus hangat menjadi topik perbualan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup tengok gadis basuh face mask, ramai simpati sampai nak belanja... ada pasar raya nak sponsor jenis '100 ply'! - "Tak bernafas, nanti marah KKM"

ARTIKEL BERKAITAN: Audio bekas pesakit Covid-19 merintih imbas azab 14 hari di wad tular, dah rasa macam neraka - "Bau nasi pun nak muntah"

Dalam keadaan tercungap-cungap, pesakit berkenaan masih mampu tersenyum, tetapi dengan linangan air mata.

"Pakcik ini seorang pesakit positif ujian Covid-19. Aku terpaksa masuk dalam bilik dekontaminasi/ isolasi untuk memeriksa pakcik sama ada memerlukan bantuan pernafasan atau tidak. Pakcik didiagnoskan Covid-19 tahap empat-lima.



Petugas kesihatan memakai PPE membawa pesakit Covid-19. gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

"Setiap kali aku berkelengkapan dengan PPE (peralatan perlindungan diri) penuh, namun hati ini tetap kurang senang. Yalah, kita berdepan dengan virus Covid-19 seolah-olah halimunan.

"Setiap kali, hati ini mesti berdebar-debar. Inikan pula berdepan dengan pesakit sah positif Covid-19 yang sedang bertarung nyawa. Tipulah jika kata aku tak takut. Demi Allah aku takut," kata Dr Ahmad Zakimi Abdullah yang berkongsi kisahnya di laman Facebook beliau.

Dikenali sebagai Dr Zek, beliau memeriksa keadaan pakcik tersebut sebelum pesakit itu mahu bercerita mengenai kisahnya berkaitan dengan Covid-19.

"Asalnya pakcik tak percaya Covid ni tau. Sebab ada orang kata Covid ni iluminati la, tak wujudlah, konspirasilah. Pakcik ambil lewa je la.

"Covid ni betul pakcik. Tak apa pakcik. Pakcik jangan cakap banyak sangat nanti susah nafas," katanya yang mengimbas kembali perbualannya bersama pesakit itu.



Perkongsian Dr Zek di Facebook.

Menurut Dr Zek, keadaan pakcik tersebut tercungap-cungap seperti memerlukan bekalan oksigen sebelum menyambung perbualan.

Pesakit itu kemudian membuat pengakuan mengenai kemungkinan dirinya terdedah kepada bahaya jangkitan virus itu.

"Pakcik ingat macam selesema biasa saja. Rupa-rupanya begini bahaya ye. Demi Allah, pakcik mengaku, pakcik salah. Sebelum ini tak percaya doktor. Pakcik menyesal tak pakai mask (pelitup muka).

Demi Allah aku yang sering berdepan dengan Covid-19 tahu apa sebenarnya dan aku pasti mereka yang menafikan pandemik... tak pernah berdepan dengan pesakit Covid-19.

DR AHMAD ZAKIMI ABDULLAH

"Itulah satu pengakuan dari pesakit Covid-19 aku sendiri. Mata kepala telinga aku sendiri mendengar keluhan hatinya. Namun ada di luar sana masih mengatakan Covid-19 ini konspirasilah, iluminatilah, plandemiklah, macam selesema biasalah.

"Demi Allah aku yang sering berdepan dengan Covid-19 tahu apa sebenarnya dan aku pasti mereka yang menafikan pandemik... tak pernah berdepan dengan pesakit Covid-19," tambah beliau.



Pengakuan seorang pesakit Covid-19 yang tidak memakai pelitup muka.

Dr Zek berkata, pesakit tersebut sempat memberikan pesanan terakhir sebelum beliau beredar dari bilik rawatan, sehingga mengundang sebak dalam dirinya.

"Nanti apa-apa doktor beritahu orang lain semua percayalah Covid ni, lepas tu suruh pakai mask ye doktor. Ya, pakcik. Aku akan sampaikan kepada seluruhnya. Hatiku sayu.

"Please people please! Covid-19 adalah benar. Tolonglah ikut pemakaian pelitup muka, kekalkan penjarakkan, kerap basuh tangan dan elakan di tempat yang sesak.

"Ikut SOP. InsyaAllah sedikit masa lagi kita akan menerima vaksin. Kami hampir maksima. Ya Allah, lindungilah kami," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain