suria

Tetamu asyik layan roti kukus, pengantin perempuan sempat ‘payung’ lagu TokTi atas permintaan ibu - “Orang lain mungkin segan, saya beranikan diri”

Video Ainaa menyanyi sewaktu kenduri kahwinnya tular di TikTok.

BUKAN sahaja disajikan dengan pelbagai juadah, tetamu di sebuah majlis perkahwinan di Teluk Intan, Perak turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh pengantin perempuan.

Menerusi video tular yang meraih hampir 150,000 tontonan di TikTok itu, Nur Ainaa Anis Mohd Zaini, 24, mencuri perhatian ramai sewaktu menyanyikan lagu Kesilapanku, Keegoaanmu dendangan asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Ainaa menjelaskan video itu sebenarnya dirakam pada 15 Mac 2020, namun baru sahaja dikongsi sejak dia berjinak-jinak dalam aplikasi TikTok dua minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki gagal tahan air mata ketika sebut ‘aku terima nikahnya’, rakan MRSM sejak Form 2 sah jadi isteri - “Banyak kami dah lalui bersama”

ARTIKEL BERKAITAN: “Masa tu tak fikir dah pasal mekap” - Pesanan bapanya ringkas je, tapi pengantin ini dah berjurai air mata sebelum naik pelamin

"Mak memang suka request saya menyanyi. Setiap kali ada kenduri, memang dia suruh saya menyanyi. Dalam video viral tu, saya berduet dengan kakak.

"Kami sekeluarga memang minat TokTi. Itu lagu kegemaran kami adik-beradik, mak pun minat. Kalau pengantin lain mungkin segan, tapi saya beranikan diri.

Aina dan suami bernikah pada 15 Mac 2020.

"Saya suka-suka kongsi video tu sebab baru join TikTok. Terkejut tengok jumlah tontonan tinggi. Terus saya tunjuk pada suami," ujarnya.

Tambahnya lagi, ada netizen turut mempersoalkan pemilihan lagu itu yang disifatkan 'sedih' dan tidak sesuai dengan majlis berkenaan.

Majlis akad nikah dan bersanding pun dibuat pada hari sama, sebab keluarga suami jauh dari Kelantan.

AINAA

Namun katanya, dia bersyukur apabila rata-rata komen yang ditinggalkan cukup positif dan berhemah.

"Alhamdulillah, setakat ini memang tak ada komen negatif. Cuma ada yang tanya, kenapa nyanyi lagu sedih?

Foto sekitar majlis kahwin Ainaa.

"Masa hari kenduri tu, saya curi masa sekejap je untuk menyanyi. Hanya persembahkan satu lagu sebab nak kejar masa untuk photoshoot," ujarnya.

Dedah Ainaa, dia memang suka menyanyi sejak kecil namun tidak pernah mengimpikan untuk bergelar artis.

Jelasnya, dia kini menjalankan perniagaan roti kukus bersama keluarga yang mana ia turut dihidangkan kepada tetamu sewaktu majlis resepsinya pada tahun lalu.

Paparan skrin video duet Ainaa dengan kakaknya.

"Memang minat menyanyi, tapi tak pernah nak jadi artis. Suka karaoke dengan keluarga dan kawan-kawan. Untuk seronok-seronok je.

"Saya hanya berniaga. Roti yang kami jual turut dihidangkan kepada tetamu. Maklumlah ramai dari luar Perak tak pernah rasa roti kami.

"Majlis akad nikah dan bersanding pun dibuat pada hari sama, sebab keluarga suami jauh dari Kelantan," ujarnya yang bersyukur selepas sah bergelar isteri kepada Mohamad Firdaus Rosli yang berusia 26 tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain