suria

Yakin bakal suami akad sekali lafaz, tiba-tiba sahkan nikah sendiri... ramai terbahak-bahak, tetamu sarat mengandung tegang perut - “Sebab majlis petang kot, lama sangat tunggu”

Azlia Asmira Ruslee dan Wan Muzzaffar Wan Musthafa selamat dinikahkan dengan sekali lafaz selepas insiden lucu akibat pengantin lelaki gemuruh.

SUASANA di masjid menjadi riuh rendah apabila si pegantin terlalu gemuruh sehinggakan spontan menyebut perkataan 'sah'.

Aksi yang tidak disengajakan itu membuatkan semua tidak dapat menahan ketawa kerana merasakan kejadian seperti itu jarang berlaku.

Begitulah yang terjadi pada majlis akad nikah pasangan pengantin ini pada Sabtu lalu kira-kira jam 6.30 petang, di Masjid Ibnu Mas'ud Ampang, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Terover’ gemuruh sebab gadis pilihan sah jadi isteri, pemuda disangka ada ‘apa-apa’ dengan pengapit - “Nanti slow talk suami isteri dalam bilik sebelum tidur ya”

ARTIKEL BERKAITAN: Di depan ada tok kadi, di belakang budak buat hal... Pengantin ‘gabra’ nama isteri panjang “Lafaz kedua, salam makin ketat...”

"Ayah saya dah tongkat kepala dia, mak saya pula tak boleh berhenti gelak. Alhamdulillah untuk permulaan yang ceria ke alam perkahwinan ni. Terima kasih atas kata-kata dan ucapan yang baik daripada semua. Semoga Allah melindungi dan merahmati kita semua," tulisnya menerusi kapsyen di Instagram.

Berkongsi cerita dengan mStar, Azlia Asmira Ruslee, 28 atau lebih mesra disapa Elly berkata dia terkejut apabila suaminya tidak melafazkan akad tersebut malah perkataan 'sah' yang keluar dari mulutnya.

Dia yang telah empat tahun menjalinkan hubungan cinta bersama suaminya iaitu Wan Muzzaffar Wan Musthafa, 31, memberitahu pada mulanya dia yakin suaminya tidak akan gugup dan akad nikah akan selesai dengan hanya sekali lafaz.



Semua tetamu di dalam majlis akad nikah itu tidak dapat menahan ketawa gara-gara pengantin lelaki spontan sebut 'sah'.

"Saya macam tak percaya pula suami saya akan gemuruh macam tu. Memang watak dia suka bergurau tetapi tak sangka di hari bersejarah itu dia boleh tersasul.

"Yakin betul saya yang suami akan sekali lafaz sahaja. Tiba-tiba lain pula jadinya.

"Lepas dia cakap 'sah' tu semua gelak sampai ustaz pun sempat bergurau tanya mahu akad nikah bila hari ini ka esok.

"Saya pandang meja depan saya yang mereka tengah duduk tu. Semua gelak tak henti sampai dah selesai pun semua bercakap-cakap mengenai insiden itu," katanya sambil menambah kakak saudarannya yang sarat mengandung juga terbahak-bahak ketawa sampai keras perutnya.



Azlia Asmira manis mengenakan baju pengantin berwarna biru muda di hari bahagianya.

Kedua-dua mereka yang bekerja sebagai penasihat kewangan itu telah lama berkawan tetapi baru empat tahun ini mereka lebih serius dalam hubungan.

Tambah Elly lagi, seminit selepas insiden kelakar itu terjadi, suaminya terus melafazkan akad buat kali kedua dan akhirnya mereka sah menjadi pasangan suami isteri.

Saya macam tak percaya pula suami saya akan gemuruh macam tu. Memang watak dia suka bergurau tetapi tak sangka di hari bersejarah itu dia boleh tersasul.

AZLIA ASMIRA RUSLEE

PENGANTIN PEREMPUAN

"Alhamdulillah.. Kami sah menjadi suami isteri. Saya pun tak tahu nak cakap perkahwinan kami ini sekali atau dua kali lafaz akad nikah sebab ustaz cakap anggap yang pertama itu rehearsal sahaja.

"Kali kedua masa suami lafaz tu elok sahaja tak gugup pun. Mungkin keadaan dah santai dan gemuruh dia pun hilang.

"Saya anggap ini sebagai kenangan manis permulaan untuk alam rumah tangga saya," ujarnya.



Pasangan pengantin bersama ahli keluarga sebelah pihak perempuan.

Elly meluahkan rasa syukur kerana dia dan suami banyak menerima kata-kata positif dan doa yang tidak henti-henti dalam kalangan keluarga, rakan dan netizen.

Jika ada yang komen negatif sekalipun, ia bukan berunsur kecaman tetapi lebih kepada pendapat masing-masing.

"Lain orang. lain pengalaman kahwinnya. Tak perlu panik, tenang sahaja. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain