suria

Suami dapat ‘baca’ taktik isteri asyik nak pinjam duit, sengaja biarkan dompet duit berkepuk - “RM200 macam dapat RM200,000”

Seorang suami berkongsi kisah mengenai isterinya yang meminjam duit. gambar hiasan foto Viral Media Johor/ AZHAR MAHFOF

RAGAM rumah tangga, pasti masing-masing sentiasa berusaha untuk memenangi hati pasangan.

Sebagai suami misalnya, sebenarnya tidak susah juga untuk membahagiakan hati isteri.

Seperti satu perkongsian di Facebook, terdapat cara 'halus' yang boleh digunakan untuk memikat isteri tanpa disedari mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya ingatkan bunga duit tu sikit-sikit je" - Tangguh sambut birthday, diam-diam suami buat kejutan RM29,000 sampai isteri tak larat angkat jambangan!

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan gimik! Nak bagi satu je, tapi suami beli 9 iPhone 11 Pro suruh isterinya pilih yang paling suka - "Saya sendiri guna enam phone..."

"Abang, ada RM100 tak, pinjam dulu. Isteri nak pinjam duit. Katanya mesin ATM (pengeluaran wang automatik) kat tempat kerja rosak, malas nak pergi bank 'cucuk' (keluarkan) duit.

"Saya kata OK lah. Pergilah ambil dalam dompet. Ambil berapa pun boleh," kata Mohd Fhais mengimbas kembali perbualan bersama isterinya.



Ragam seorang isteri meraih perhatian suami. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

Perkongsian Mohd Fhais itu tular selepas dimuat naik di grup Facebook Viral Media Johor sehingga dikongsi lebih 4,400 dan mendapat hampir 9,000 tanda suka.

Secara kebetulan kata Mohd Fhais, dia baru mengeluarkan sejumlah wang dari ATM dan terdapat baki sebanyak RM235.80 di dalam dompet setelah membayar segala bil.

Melihat baki melebihi RM200 di dalam dompet berkenaan, isterinya kembali bersuara untuk memberitahu sesuatu yang baru terdetik dalam fikirannya.

"Abang pinjam RM200 boleh, baru teringat ada nak bayar COD (pembayaran tunai ketika serahan) barang hari ni," ujar isterinya.



Perkongsian Mohd Fhais di Facebook.

Dia kemudian mengiyakan tanda memberi keizinan sebelum isterinya mengucapkan terima kasih sambil tersenyum.

"Bahagia sangat nampaknya. Dapat RM200 macam dapat RM200,000. Rasa macam dipermainkan pula," ujarnya secara berseloroh.

"Dia bukan malas nak pergi bank sebenarnya ni, dia nak duit dari saya je untuk buat dia rasa bahagia," tambahnya.

Duit tu memang khas saya sediakan untuk dipinjam oleh isteri. Paling bestnya saya tak pernah pun minta isteri bayar balik

MOHD FHAIS

Maka tidak hairanlah sudah beratus kali modus operandi itu digunakan oleh isterinya.

"Bukan sekali ni tapi dah beratus kali kena modus operandi pinjam duit yang sama.

"Baru saya teringat, bahasa cinta isteri saya ni ialah hadiah. Dia akan rasa bahagia bila saya bagi hadiah.

"Mungkin sebab dah lama tak dapat hadiah, dia pun buatlah akal macam tu. Umpama ambil dari duit dompet saya tu macam dapat hadiah la, ” ujarnya.



Penjelasan mengenai wang yang dipinjam isteri.

Sejak itu kata Mohd Fhais, dia akan memastikan dompetnya sentiasa 'terisi' demi isteri tersayang.

"Sengaja saya biarkan ada duit tunai dalam dompet. Duit tu memang khas saya sediakan untuk dipinjam oleh isteri.

"Paling bestnya saya tak pernah pun minta isteri bayar balik kerana Allah selalu bayarkan untuk isteri.

"Pinjam RM200, dapat balik RM2,000 memang untung sangatlah. Rezeki datang tanpa ditagih. Sebenarnya bukan isteri yang pinjam duit kita, tapi kita yang pinjam rezeki dia.

"Ambil lah banyak-banyak pun. Tak apa, duit suami duit isteri juga," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain