MAJLIS perkahwinan pasangan ini terpaksa ditangguhkan berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 sehingga mencatatkan empat angka setiap hari. Hanya melangsungkan akad nikah, pasangan tersebut sah disatukan suami isteri. Namun, tidak bermakna kenangan terindah tidak dapat dicipta meskipun majlis perkahwinan yang diidamkan terpaksa ditangguhkan. ARTIKEL BERKAITAN: Nampak pengantin photoshoot gambar kahwin guna telefon, jurugambar perjelas tawar khidmat percuma bukan sebab 'sedih' - "Saya pernah kena marah di Mesir" ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin kongsi 'keajaiban' baju nikah arwah mak, dulu tak muat tapi sebulan sebelum ijab kabul tiba-tiba boleh pakai - "Dia lelaki sama saya kenalkan dekat ibu" Berkonsepkan dalam hutan, pasangan Wahida Amalin Che Mohd Noor dan Muhamad Nur Haniff Mohd Zaid kelihatan berseri mengabadikan kenangan selepas akad nikah. Props yang digunakan untuk tema dalam hutan. foto instagram azyn_ Menggunakan khidmat dan sentuhan kreatif jurugambar berusia 28 tahun, Azyan Syazwani Rozik, sesi fotografi diadakan di Pantai Mek Mas di Kota Bharu, Kelantan sejurus selepas pernikahan pengantin pada 31 Disember lalu. "Ia dinamakan ala pasca-perkahwinan bertemakan 'Into the woods' (Ke dalam hutan), berinspirasikan daripada galeri Pinterest. Temanya berlatarkan vintaj, desa, misteri, gloomy. "Bersesuaian dengan keadaan hujan yang renyai-renyai. Gaya pengantin pula saya gunakan konsep secara minimal," katanya yang berpengalaman sebagai jurugambar selama tujuh tahun kepada mStar. Perkongsian Azyan di laman Twitter menjadi tular. Sementara itu, pengantin perempuan yang lebih mesra disapa Amalin berkata, tema tersebut bersesuaian dengan suami yang cintakan alam semula jadi. Wanita berusia 27 tahun itu memberitahu, suaminya juga sering melakukan aktiviti luaran (outdoor) semasa zaman bujangnya. "Macam-macam aktiviti outdoor dia buat. Berbasikal, pendakian dan jungle trekking dalam hutan. Berbeza dengan saya yang gemar berkaraoke," ujar pembantu tadbir yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Bagi pengantin lelaki, Muhammad Nur Haniff, 27, pula, pengalamannya sebelum ini yang belajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu, Sabah membuatkannya lebih membiasakan diri dengan melakukan aktiviti riadah di dalam hutan. Walaupun majlis perkahwinan terpaksa ditangguhkan, pasangan pengantin ini melakukan fotografi sebagai kenangan. foto instagram azyn_ Berkongsi pengalaman sewaktu sesi penggambaran, pemuda yang lebih mesra dengan panggilan Haniff cuba untuk menarik perhatian isterinya dengan alam semula jadi. "Kawasan sesi fotografi ni macam hutan, ada belukar. Tapi berdekatan dengan pantai, jadi memang kena pakai selipar untuk masuk ke kawasan di sini. "Saya dah pesan kat isteri untuk pakai selipar. Ada ketika tu dia pakai kasut tumit tinggi, memang terbenam dalam pasir. Orang tak biasa masuk hutan kan," ujarnya secara berseloroh. Macam-macam aktiviti outdoor dia buat. Berbasikal, pendakian dan jungle trekking dalam hutan. Berbeza dengan saya yang gemar berkaraoke. WAHIDA AMALIN CHE MOHD NOOR Walaupun berbeza minat, Haniff bertuah kerana isterinya menyokong minatnya dalam aktiviti luaran selain pandai mengambil hatinya melalui masakan. "Syukur suami menyukai masakan saya, terutama ayam masak pedas dan ikan masak masam manis (sweet sour). Syukur juga suami okay dengan minat saya yang suka berkaraoke," kata Amalin. Konsep minimal yang diketengahkan dalam sesi fotografi. foto instagram azyn_ Menurut Amalin, sesi penggambaran pasca-perkahwinan di dalam hutan itu turut diserikan dengan busana tradisional dan dekorasi klasik yang menjadi impiannya. "Kiranya ini adalah gabungan cita rasa saya dan suami. Jujurnya saya memang tak biasa masuk hutan, apatah lagi banyak nyamuk masa fotografi petang tu. "Tapi saya akui tenang persekitaran dalam suasana hutan. Dulu mungkin tak biasa, tapi bila dah kahwin saya kenalah bersedia nanti ikut suami masuk hutan kan," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!