suria

“Saya bangga dengan baju kurung jahit tangan” - Raja Permaisuri Agong

Tunku Azizah bersama dua anakanda baginda ayu mengenakan baju tradisional.

ISU 'baju kurung' menghangatkan media sosial sejak dua hari lalu, semuanya gara-gara tindakan seorang pereka Belanda yang mengeluarkan kenyataan kurang tepat bersabit pakaian tradisional berkenaan.

Menerusi South China Morning Post (SCMP), pengasas jenama Nala Design yang berpangkalan di negara ini, Lisette Scheers melahirkan pandangannya yang mahu baju kurung kembali digayakan di Malaysia dan mahu orang Melayu berpakaian cantik.

Lisette juga berkata dia kini sedang 'berjuang' untuk memastikan pakaian tradisional itu tidak hilang ditelan zaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Elok je pakai setiap hari! Isu baju kurung panas di media sosial, pereka Belanda akhirnya mohon maaf - “Saya sentiasa anggap Malaysia seperti rumah sendiri”

Susulan kenyataan tersebut, ramai rakyat Malaysia memberi maklum balas mereka di media sosial dan menyatakan kenyataan pereka berkenaan sama sekali tidak tepat.

Ini kerana menurut mereka, baju kurung masih lagi digayakan oleh rakyat di negara ini malah dapat dilihat sehingga hari ini di mana ramai wanita bangga menyarungnya untuk ke tempat kerja, selain menghadiri upacara kenduri dan sebagainya.

Isu berkenaan turut menarik perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.



Perkongsian Tunku Azizah mengenai baju kurung di laman Instagram.

Menerusi laman Instagram, Tunku Azizah menulis ringkas dengan menyatakan baju kurung adalah busana kegemarannya.

"Saya memang pakai baju kurung setiap hari... baju kurung Johor. Dan saya bangga dengan baju kurung jahit tangan saya... baju kurung teluk belanga. Ya saya sangat setuju, menjadi tradisional dan bangga dengannya," tulis baginda.

Rata-rata netizen turut sama bersetuju dengan pandangan baginda malah mereka juga sering menggayakan baju kurung sama ada setiap kali perayaan, majlis dan juga dijadikan busana ke tempat kerja.



Tunku Azizah bersama pereka fesyen yang sering menjadi pilihan baginda, Rizalman (kiri).

"Saya pun suka pakai baju kurung ke office. Lagi selasa dan ayu," komen seorang pelayar.

"Pakai baju kurung auto selesa. Dan lagi senang, tak payah pening-pening kalau orang mintak kita pakai dress code formal. Baju kurung pun dah banyak style sekarang. Banyak pilihan cantik-cantik," komen seorang pelayar lain.

"Betul titah tuanku tu... kita tak perlu mat salih nak beritahu pakai apa semua. Memang kita pakai baju kurung tiap hari. Ampun Tuanku," komen seorang lagi pelayar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain