KETERUJAAN untuk memiliki kereta terpakai membuatkan seorang abang sanggup menaiki bas dari Perak ke Melaka untuk berurusan mengenai jual beli kenderaan tersebut. Bagaimanapun seperti yang dikongsikan menerusi video aplikasi TikTok yang tular, ia berakhir dengan nasib malang apabila si abang menjadi mangsa penipuan atau scam oleh individu yang kononnya mengaku sebagai pemilik kereta. Remaja yang mahu dikenali sebagai Alia berkata, kejadian berlaku pada 11 Januari lalu, hanya beberapa hari selepas abangnya berusia 25 tahun berkahwin pada 6 Januari. ARTIKEL BERKAITAN: Scammer 'alim' gigih buat drama sedih di surau, acah-acah ambil wuduk selepas sedar tersalah pilih mangsa! ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar U akui belum cukup ilmu, termenung selepas tertipu dengan 'instant transfer/ pelanggan ramah - "Modal tu hasil saya bancuh simen, angkat batu-bata" Gadis berusia 17 tahun itu memberitahu, abangnya tertarik dengan iklan menjual kereta terpakai di laman sosial Facebook yang menawarkan model Satria Neo berharga RM9,000. "Abang selama ini hanya pakai motosikal selain sebuah kereta Kancil. Pernah juga ada kereta lain tetapi dijual semula kerana sering mengalami masalah. "Kereta Kancil tu pula abang bercadang untuk bagi kat mak untuk kegunaan keluarga bila beli kereta second hand (terpakai) tu," katanya kepada mStar. Kereta yang dijual oleh individu kononnya sebagai pemilik pada harga RM9,000. Lebih mesra disapa Alia, katanya, dia menemani abangnya bersama seorang rakan menaiki bas dari Teluk Intan dan tiba di Ayer Keroh di Melaka pada lewat petang dengan perjalanan mengambil masa kira-kira tujuh jam. "Setibanya di sana terdapat seorang lelaki yang dikatakan diupah oleh ‘penjual’ tu untuk menjemput kami di Melaka Sentral sebelum dibawa ke sebuah bengkel berdekatan. "Di luar bengkel tersebut, kami ditunjukkan dengan kereta seperti yang diiklankan, malah dibenarkan untuk test drive (pandu uji) sebelum abang betul-betul berminat untuk membeli. "Penjual tu minta kami untuk membayar separuh daripada harga jualan terlebih dahulu. Bagaimanapun, kemudian penjual tu bertukar fikiran dan mahu kami untuk menjelaskan bayaran penuh terlebih dahulu," ujar pelajar Tingkatan Lima itu. Abang Alia (kanan) sempat bergambar dengan individu yang didakwa menipu. Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, mereka mula berasa curiga apabila mahu mendapatkan rekod dan butiran pendaftaran berkaitan kereta itu. "Masa tu la dia kata kereta tu sudah diperiksa oleh pihak itu dan pihak ini. Malah, lelaki berusia 30an itu menganggap kami seolah-olah tidak mengetahui urusan jual beli kereta. "Dalam rasa curiga tu juga, duit RM9,000 telah pun diserahkan. Entah bagaimana, kami seperti ikutkan saja apa yang disuruhnya, macam kena pukau," tambahnya. Laporan polis yang dibuat oleh abang Alia. Alia berkata, mereka kemudian kembali ke bengkel dari bank untuk berjumpa lelaki berkenaan bagi mengambil kunci kereta namun kelibatnya tidak kelihatan. "Bila kami masuk pejabat di bengkel, alangkah terkejutnya kami apabila lelaki di dalam pejabat itu adalah pemilik bengkel dan juga pemilik kereta Satria Neo yang sebenar tetapi mengakui mahu menjualnya pada harga kira-kira RM15,000. Abang hanya tergamam dan air matanya mengalir. Semuanya berlaku dengan sekelip mata. ALIA "Pemilik Satria Neo tu beritahu dia didatangi seorang lelaki, iaitu orang yang sama berurusan dengan kami, dan memaklumkan bahawa rakannya iaitu kononnya kami dari Teluk Intan mahu membeli kereta tu. Sah! Abang kena tipu. "Kami cuba hubungi lelaki yang kononnya pemilik kereta tu, tapi gagal. Mesej pun tak dapat. Abang hanya tergamam dan air matanya mengalir. Semuanya berlaku dengan sekelip mata," ujarnya sambil menambah abangnya membuat laporan polis berhubung kejadian di Melaka, pada malam yang sama. Alia bersama abangnya dan seorang lagi rakan pulang ke Teluk Intan dengan menaiki bas. Memandangkan hari telah lewat untuk pulang ke Teluk Intan, katanya, mereka kemudian mengambil keputusan untuk bermalam di sana sebelum pulang keesokan paginya. Menurut Alia, duit untuk membeli kereta itu adalah simpanan hasil titik peluh abangnya bertahun-tahun kerja sebelum hilang kerja akibat pandemik Covid-19 dan baru saja mendapat tawaran kerja sebagai pekebun pada bulan ini. "Esoknya kami pulang menaiki bas dengan sehelai sepinggang. Kasihan abang... baru je kahwin, nak beli kereta tu sebab mahu buat kejutan untuk isteri, bawa jalan-jalan "Perkongsian saya ini untuk menyedarkan masyarakat supaya lebih berhati-hati dan jangan terlalu mudah percaya dalam urusan jual beli bagi mengelakkan daripada ditipu," katanya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!