suria

Anak makcik kantin luluh hati tengok ibunya terdesak, tiba-tiba minta duit walau tahu belum dapat gaji - “Mak tak pernah chat macam tu”

Perbualan WhatsApp Amin dan ibunya tular di Twitter.

SITUASI pandemik yang tidak berkesudahan bukan sahaja meragut banyak nyawa, malah turut menjejaskan mata pencarian masyarakat di negara ini.

Di laman Twitter, tular paparan skrin perbualan WhatsApp antara seorang lelaki bersama ibunya sehingga meruntun hati netizen.

"Mak dah tak kerja sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). So aku aje la kena kerja keras untuk famili aku. Doakan aku dimurahkan rezeki ya," tulis Muhammad Amin Masri, 20, di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tunjuk sedih, anak akui terkesan ibu baru bercerai urus kedai makan sendirian sampai lewat malam - “Bila terbayang, rasa nak keluar air mata”

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 6 tahun tinggal bersama, wanita anggap ibu mentua bagai BFF... sebak imbas saat umrah bersama di Makkah - “Jalan pun kami pegang tangan”

Mesra disapa Amin, pekerja kedai telefon di Shah Alam, Selangor itu mengakui luluh hati tatkala membaca mesej ibunya yang berusia 51 tahun meminta sedikit wang pada Sabtu.

"Saya di Shah Alam, mak pula berada di Bera, Pahang bersama adik yang berusia 18 tahun. Mak dulu kerja makcik kantin asrama.

"Disebabkan PKP, dari tahun lepas mak tak bekerja. Mak mesej minta sedikit duit gaji untuk buat belanja.

"Sedih, mak tak pernah chat macam tu. Dengan gaji saya RM1,200. Nak bayar rumah sewa RM700, paling-paling pun saya kena bagi RM250 kepada mak nanti dapat gaji.

Amin bekerja di sebuah kedai telefon bimbit di Shah Alam.

"Masa tu baru balik kerja, baru siap-siap masak. Tiba-tiba dapat mesej macam tu, terus sedih," ujarnya kepada mStar.

Menurut pemuda itu, dia tidak sangka paparan skrin mesej WhatsApp yang dikongsi di Twitter itu akan tular.

Saya tak ada sesiapa nak kongsi cerita, sebab tu saya kongsi di Twitter.

AMIN

Lebih terharu apabila ramai yang menzahirkan rasa simpati, tak kurang juga yang menghubungi dan meluahkan hasrat memberi sumbangan.

"Ada yang contact nak bagi sumbangan, memang tak sangka jadi macam ni. Setakat ni ada lima ke enam orang nak bagi wang.

"Ramai yang nak bantu dari malam tadi, saya sebak gila. Terharu dapat macam ni. Tak sangka ramai yang prihatin.

Antara komen netizen di Twitter.

"Saya tak ada sesiapa nak kongsi cerita, sebab tu saya kongsi di Twitter. Saya syukur dengan apa yang berlaku bila tweet tu viral," ujarnya lagi.

Tambahnya, dia mahu mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang mendoakan dia sekeluarga menerusi Twitter.

Menurut Amin, dia juga bercita-cita untuk menjadi anggota Bomba demi mengubah nasib keluarganya suatu masa nanti.

Sehingga kini, posting berkenaan meraih lebih 2,500 ulang kicau (Retweet).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain