suria

“Sebelum ni mereka datang pagi” - Mahu ubah pekerja lori sampah jadi model, jurugambar sanggup tunggu berjam-jam

Ray (gambar kecil) merakam foto lima petugas pembersihan di kawasan kejiranannya pada Khamis lalu.

PEKERJAAN yang cukup mulia, namun jarang sekali kisah mereka diangkat dan menjadi sebutan antara kita.

Namun, seorang jurufoto berbangsa Cina menjadi perhatian ramai apabila dia menzahirkan rasa apresiasi terhadap golongan pengutip sampah dengan karya-karya kreatif yang dihasilkannya.

Menurut Loh Chong Kuan atau Ray, 32, foto-foto tular itu dirakam sewaktu para petugas berkenaan hadir memungut sampah menggunakan lori di sekitar kediamannya di Bagan Serai, Perak pada Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki buta warna pilih kerjaya jurufoto, hasilnya sangat wow! - “Client ragu-ragu, saya tak ambil hati”

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 3 tahun jadi jurugambar dah ada syarikat, pemuda nak buat A to Z... lain rasanya lihat pengantin PKPB di pelamin karya sendiri

"Ia merupakan satu tanda penghargaan buat golongan pekerja pembersihan. Saya shoot content ini sebagai tanda terima kasih atas segala kerja mereka.

"Jarang terserempak, saya biasanya dah keluar bekerja waktu mereka datang kutip sampah. Tapi ada masa sikit sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sempatlah rakam gambar mereka.

Ray memiliki 15 tahun pengalaman sebagai jurufoto.

"Saya nak sampaikan pada orang ramai bahawa mereka melakukan kerja yang mulia dalam keadaan yang panas dan memenatkan," ujarnya kepada mStar.

Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, sesi penggambaran itu dilakukan dalam masa 10 minit sahaja manakala video behind the scene pula dirakam oleh isterinya.

Saya minta izin dulu. Mereka nampak happy. Bila ajak ambil gambar, terus mereka setuju.

RAY

Katanya lagi, dia juga tidak menyangka video yang dikongsi di aplikasi TikTok itu menerima reaksi positif rakyat negara ini.

"Saya tunggu mereka tiga jam hari tu, sebab sebelum ini mereka datang pagi. Hari Khamis tu mereka datang dalam pukul 1.30 tengah hari.

"Sebaik sampai, saya ajak ambil gambar. Saya minta izin dulu. Mereka nampak happy, ajak je terus setuju.

Proses penggambaran mengambil masa sekitar 10 minit sahaja.

"Saya juga mahu mereka rasa dihargai. Saya gembira dapat kongsi sesuatu yang positif macam ni di TikTok.

"Gembira sebab ramai orang hargai mereka menerusi komen-komen di TikTok. Kalau fikir balik dari PKP tahun lepas, kita semua duduk rumah, banyak sampah... kalau tiada mereka, kawasan rumah kita pastinya kotor," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Ray yang sudah 15 tahun menjalankan khidmat fotografi banyak terlibat dengan acara perkahwinan kaum Melayu.

Antara foto yang dihasilkan oleh Ray.

Kini, dia aktif menghasilkan pelbagai video menarik di TIkTok dalam usaha menyampaikan inspirasi dan semangat positif buat netizen.

Sebelum ini, Ray pernah membuat video bersama peniaga mangga menerusi TikTok untuk memberikan promosi secara percuma kepada mereka.

Sehingga kini, Ray memiliki lebih 144,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain