SELAIN insentif kepada rakyat, pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa turut menyentuh mengenai vaksin yang dijangka tiba ke negara ini pada penghujung Februari nanti. Namun, suara-suara kumpulan anti vaksin bagaikan tidak berpenghujung, malah mereka terus bersuara sehingga menimbulkan perdebatan di Internet. Selain kumpulan anti vaksin, seorang wanita turut mencetuskan perdebatan apabila tampil dengan pelbagai dakwaan dan teori tidak masuk akal mengenai wabak itu. ARTIKEL BERKAITAN: Doktor anti vaksin dikecam selepas muncul di TV ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu anak tak sihat, ibu sekolahkan rakan anti vaksin beri jawapan kurang cerdik Dia memuat naik siri kenyataan itu menerusi Instagram yang mana ia turut ditularkan semula oleh netizen sehingga ke laman Twitter. "Percaya tak kalau sis cakap, andai kata ada kematian selepas vaksin dicucuk di Malaysia, semua tu akan dirahsiakan? Ramai mengecam wanita itu atas kenyataannya mengenai vaksin Covid-19. "Famili akan disogok atau diugut. Yang mendedahkan akan dibunuh, sampailah semua berjaya divaksin. "Yang selamat, yang terlepas masuk ke hutan, ke gunung-gunung dan gua," tulis wanita itu menerusi Instagram Story. Sayang awak dialu-alukan untuk tinggal dalam hutan, atau gua jika awak suka. NETIZEN Lebih mengarut, wanita itu turut mengaitkan kewujudan Covid-19 dengan unsur jin dan menyifatkan ia sebagai sejenis senjata perang. "Covid-19 ni wujud. Jangan salah faham. Bukan menafikan kewujudannya. Covid-19 adalah senjata perang. "Ia bukan virus fizikal semata-mata. Besertanya ada unsur jin. Boleh rujuk, ada beberapa guru pondok yang bersetuju dengan pandangan ini," dakwanya lagi. Antara paparan skrin Instagram Story wanita itu. Dalam kenyataan sama di Instagram Story, wanita itu turut menggesa agar semua prosedur operasi standard (SOP) dimansuhkan dan memohon kebebasan rakyat dikembalikan. Rata-rata pelayar Twitter menyuarakan rasa tidak puas hati dan langsung tidak bersetuju dengan dakwaan wanita itu. Sehingga kini, posting berkenaan turut menerima lebih 2,500 ulang kicau (Retweet). "Ni mesti banyak sangat tengok DVD, tak pun antivaksin. "Sayang awak dialu-alukan untuk tinggal dalam hutan, atau gua jika awak suka. "Risau pula aku wujud puak-puak konspirasi dan antivaksin," tulis netizen. Selain komen mengecam, ada netizen yang turut berjenaka mengenai kesalahan ejaan vaksin oleh wanita itu yang ditulis 'baksin' menerusi Instagram Story miliknya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!