suria

Guru bawa anak nak ambil SPM keluar, rupa-rupanya ada kisah di sebalik printer baru beli - “Masa PKP ni kalau kita mampu, bantulah”

Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kini menjadi norma baharu buat anak-anak. gambar hiasan/ foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star

NORMA baharu akibat pandemik Covid-19 menyaksikan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilakukan secara dalam talian pada masa ini.

Bukan sahaja pelajar yang terkesan perlu belajar dari rumah, golongan pendidik juga menghadapi cabaran untuk memastikan anak didik tidak tercicir dalam pelajaran.

Seorang guru berkongsi kisahnya bertemu dengan seorang rakan yang telah lama bergelar pendidik, bersama anaknya yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru gigih buat kelas online tapi '0 kehadiran', anak dedah bapanya kecewa sampai tahap nak pencen - "Abi bersangka baik pada student dia, salahkan link saya buat"

ARTIKEL BERKAITAN: Tertidur ketika kelas online, bapa pula buat 'onar' sampai kena perli... yang pasti minta maaf pada guru - "Dugaan duduk rumah memang banyak..."

Pertemuan di kawasan parkir itu menyaksikan dua beranak itu membawa sebuah mesin pencetak.



Anak-anak memerlukan kemudahan pembelajaran yang selesa di rumah. -Gambar hiasan/ foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star

"Saya tanya beli printer kak? Haah, ni ha anak akak nak SPM dah tahun ni, dia kata apa kata mama beli printer, tolong print kan kerja-kerja rumah dia dan kawan dia sekali.

"Ada kawan-kawan yang dia nak tolong print kan kerja katanya. Akak kata bagus juga, mana tahu berkat tolong kawan-kawan ni dia dapat SPM bagus," tulis Muhammad Yusof di laman Facebook miliknya, mengimbas kembali perbualan bersama guru berkenaan.

Dirinya begitu kagum, malah terharu dengan jawapan yang diberikan oleh guru tersebut dengan situasi negara yang dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Bagusnya apa yang dia dan anak dia buat nak bantu masalah pembelajaran anak-anak orang lain yang kurang berkemampuan.

"Sebenarnya masa PKP ni kalau kita mampu, bantulah mana yang kita boleh bantu. Tanya cikgu-cikgu apa yang ibu bapa boleh buat untuk bantu pembelajaran anak-anak mereka," katanya.



Dunia pendidikan menjurus ke arah teknologi terkini. - gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

Jelasnya, ibu bapa menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing juga boleh memberikan kerjasama untuk kemudahan pengajaran guru.

"Boleh set up satu studio untuk digunakan oleh cikgu-cikgu untuk mengajar anak depa (mereka). Tak rugi pun beli rasanya sebab memang dunia pendidikan dah menjurus ke arah teknologi sekarang ni.

Dah masuk tahun 2021 ni, takkan kita masih nak main isu 'potong gaji cikgu, cikgu makan gaji buta!'. Cukup dah kot. Macam dah tak relevan dah isu ni

MUHAMMAD YUSOF

"Mana-mana cikgu yang nak rakam video boleh guna studio tu lepas tu masuk je dalam grup pembelajaran. Kemudian, pihak sekolah juga boleh buat channel (saluran) sekolah kat YouTube dan muat naik video cikgu-cikgu sekolah tu mengajar bagi yang tak sempat nak tengok.

"Untung-untung boleh juga dapat duit untuk sekolah kalau video tu ramai orang tengok. Ye tak?" tambahnya.



Perkongsian Muhammad Yusof di Facebook.

Menurut Muhammad Yusof, guru-guru juga perlu rajin bertanya kepada ibu bapa pelajar bagi mengetahui masalah yang dihadapi anak-anak dalam sesi pembelajaran.

"Kalau ada mak ayah yang ada masalah dalam pembelajaran anak-anak boleh PM (mesej secara peribadi) cikgu-cikgu. Mungkin cikgu-cikgu boleh membantu apa yang termampu cikgu tu boleh bantu.

"Dah masuk tahun 2021 ni, takkan kita masih nak main isu 'potong gaji cikgu, cikgu makan gaji buta!'. Cukup dah kot. Macam dah tak relevan dah isu ni rasanya," ujarnya.



Saranan kepada guru dan ibu bapa demi kepentingan pelajar.

Sehubungan, dia menyarankan agar golongan ibu bapa dan guru tidak menyalahi antara satu sama lain, sebaliknya mencari jalan penyelesaian demi kebaikan para pelajar.

"Masa sekarang ni bukanlah masa untuk kita cari salah cikgu-cikgu atau cikgu-cikgu hentam mak ayah tapi sekarang ni adalah masa untuk ibu bapa bantu cikgu-cikgu dan cikgu-cikgu bantu ibu bapa. Semua ini adalah untuk kebaikan anak-anak kita juga, kan?" kata Muhammad Yusof.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain