suria

“Saya dah hampir maut!” - Azizan Osman kongsi cerita duka 31 ahli keluarga dijangkiti Covid-19, ibu mentua meninggal dunia

Dr Azizan berkongsi kisahnya berjuang menentang Covid-19 menerusi satu perkongsian di Facebook. Foto: FB Azizan Osman

"SAYA dan keluarga diuji dengan virus Covid-19... 31 ahli keluarga saya dijangkiti Covid-19 dan ibu mentua saya telah kembali ke rahmatullah.”

Demikian kata pakar motivasi dan penceramah, Datuk Dr Azizan Osman, ketika berkongsi cerita mengenai detik hitam yang dilalui keluarganya, baru-baru ini.

Menerusi satu posting di Facebook, Azizan yang juga Pengasas RichWorks International mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19 selepas menjadi kontak rapat dengan seorang pesakit pada 7 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

Menurut Azizan, selain dirinya, 31 ahli keluarganya turut dijangkiti wabak maut tersebut.

Namun apa yang paling menyedihkan, ibu mentuanya turut menjadi korban selepas disahkan positif Covid-19.

Menurut Azizan, kejadian yang menimpa keluarganya merupakan ujian yang sangat berat dan memeritkan untuk ditanggung.

Malah dia sendiri hampir tewas apabila mengalami sesak nafas sehingga terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan untuk bertahan.



Dr Azizan berkongsi gambar ketika dia sedang menerima rawatan selepas dijangkiti Covid-19.

"Covid-19 hampir meragut nyawa saya! Pukul 1.44 petang, Jumaat 15 Januari, saya dah hampir maut! Nafas saya sesak! Doktor kata peluang saya amat tipis! Tetapi sesuatu berlaku yang membuktikan kekuasaan Allah SWT.

"Masa itulah saat penentu untuk pergi atau kekal... you tak boleh bernafas, you tak boleh tarik, you tak boleh hembus hanya gunakan mesin untuk terus bertahan dan melawan dengan otak, emosi dan diri," kongsinya.

Mengakui hampir menitiskan air mata ketika berkongsi perkara tersebut secara umum, bagaimanapun ujarnya sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan membuatkannya lebih tabah.

"Tak mudah untuk saya kongsikan betapa sedih, perit dan ngeri pada waktu itu. Tetapi sangat penting untuk saya kongsikan sebagai seorang mentor, saya nak anda tahu proses ini.

"Kamu mahu hidup? Kamu mahu lawan? Itu la saatnya... Dan InsyaAllah, ini masanya untuk saya betulkan segalanya. Peluang kedua ini bukan sekadar suka-suka.

Pukul 1.44 petang, Jumaat 15 Januari, saya dah hampir maut! Nafas saya sesak! Doktor kata peluang saya amat tipis! Tetapi sesuatu berlaku yang membuktikan kekuasaan Allah SWT.

DATUK DR AZIZAN OSMAN

PENGASAS RICHWORKS INTERNATIONAL

"Saya percaya ada sebab Allah bagi peluang ini untuk saya buat segalanya dengan lebih baik, dan menjadi mentor yang lebih baik," ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Azizan menyifatkan pandemik Covid-19, bukan hanya telah menjejaskan kehidupan ramai orang dalam meneruskan kelangsungan hidup, bahkan turut memberi kesan kepadanya.

"Seorang ibu yang mencuri ubat untuk anak-anak, ada yang mencari rezeki di tempat sampah.

"Kerajaan yang sedang berkira-kira untuk total lockdown yang akan beri impak pada pekerjaan ramai orang dan perniagaan. Tekanan perasaan dan banyak lagi dalam berita semasa.

"Ini semua cukup memberi kesan pada saya betapa saya belum berjaya bantu bangsa saya untuk berjaya," katanya.



Dr Azizan ketika memberikan ceramah pada Program NUH 2020, tahun lalu.

Azizan yang kini telah sembuh daripada wabak tersebut bakal menganjurkan seminar secara maya pada hujung bulan ini untuk berkongsi pengalaman tersebut bersama orang ramai.

"Sesi ni saya berikan 100 peratus percuma untuk support, untuk bantu rakyat Malaysia sama-sama bangkit untuk lawan pandemik ini dan terus survive dengan berniaga.

"Saya nak kongsikan pengalaman dan apa yang saya belajar dari saat hampir mati saya. 100 peratus percuma tajaan RichWorks," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain