suria

Bakal jadi bapa selepas 3 bulan kahwin... nak beli satu iPhone, sampai kedai isteri pun dapat sama! - “Bukan murah, dah suami niat saya terima”

Ainun menerima kejutan hadiah iPhone 12 daripada suami sebagai tanda ucapan terima kasih.

SUAMI mana tak gembira mendapat perkhabaran isteri mengandung lebih-lebih lagi rezeki itu cepat sahaja datang, hanya selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga.

Seperti kisah pasangan ini, seorang suami yang sangat teruja membuat kejutan untuk isterinya dengan menghadiahkan gajet sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih.

Wanita bertuah berkenaan, yang berusia 25 tahun menerima hadiah iPhone 12 daripada suaminya sebaik sahaja doktor mengesahkan kehamilan cahaya mata pertama ketika usia perkahwinan tiga bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ingatkan bunga duit tu sikit-sikit je” - Tangguh sambut birthday, diam-diam suami buat kejutan RM29,000 sampai isteri tak larat angkat jambangan!

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang tak kantoi” - Betul-betul nak buat kejutan hargai isteri, suami ‘idaman ramai’ ini teliti habis buat plan... beli hadiah sikit-sikit

Ketika dihubungi mStar, Nur Ainun Basirah Zaini yang menetap di Gombak, Selangor memberitahu hadiah tersebut diterimanya dua minggu lepas ketika dia berada di kampung halamannya di Kuala Terengganu, Terengganu.

Lebih mesra disapa Ainun, katanya, dia langsung tidak tahu suaminya Muhammad Emir Afiuddin Muhammad Nasron, 25, akan menghadiahkan telefon pintar untuk dirinya kerana dia hanya menemani suaminya untuk membeli gajet itu.



Perkongsian dari suami Ainun di laman Twitter tular sehingga meraih sebanyak 12,000 tanda suka.

"Sejujurnya memang saya tak agak langsung suami akan belikan untuk saya kerana memang itu hasil titik peluh dia untuk menggantikan telefon lama dengan yang baru.

"Sebelum ini suami guna iPhone 6 dan saya pula iPhone 7, telefon ni dah empat ke lima tahun kami guna.

"Logiklah beli untuk dia terlebih dahulu, saya pula masih belum bekerja dan tak ada keperluan sangat pun untuk ganti telefon baharu," katanya.



Foto Ainun bersama suami Muhamad Emir Afiuddin Muhammad Nasron ketika majlis resepsi mereka pada November lalu.



Bercerita lebih lanjut, kata Ainun, kejadian pada 13 Januari itu memang sesuatu yang tidak dapat dilupakannya kerana sebaik sampai di sebuah kedai suaminya meminta dia memilih telefon pintar baharu.

"Mulanya ingat pilih untuk dia, tiba-tiba dia pilih satu yang dia suka dan yang saya pilih dia cakap saya punya.

"Saya memang rasa terharu sangat sebab saya tahu bukannya murah tetapi dah suami niat macam tu saya terimalah. Baru sangat kahwin saya takut susahkan suami pula," ujarnya.

Mulanya ingat pilih untuk dia, tiba-tiba dia pilih satu yang dia suka dan yang saya pilih dia cakap saya punya.

NUR AINUN BASIRAH ZAINI

ISTERI

Foto 'scan' bayi serta gambar Ainun memegang iPhone 12 yang dimuat naik Muhammad Emir Afiuddin yang juga seorang guru di sebuah sekolah di Damansara Damai, Sungai Buloh di Selangor tular di laman Twitter.

Sehingga kini perkongsian itu meraih 23,000 likes dan 7,00 retweets.



Komen dari salah seorang pemilik akaun Twitter yang membuatkan Ainun terpanggil untuk memberi respon dengan baik.

Bagaimanapun, ada juga warga Twitter yang tidak senang dengan perkongsian itu dan meninggalkan komen agak menyedihkan.

"Untungnya... saya dah 3 tahun kahwin. Tak diberikan rezeki lagi memiliki zuriat. Ya Allah hinanya aku," tulis salah seorang pemilik akaun Twitter.

Ainun dilihat memberi respon yang positif terhadap wanita tersebut dengan berkata mungkin itu satu ujian dari Yang Maha Esa dan memintanya teruskan berdoa dan berusaha.



Ainun dan suami bersama ibu bapa mereka sewaktu majlis bersanding.

Dalam pada itu, Ainun berharap mereka yang melihat tweet suaminya itu supaya melihatnya dari sudut positif dan tidak membandingkan dengan suami masing-masing.

"Rezeki lain-lain. Belajar bersyukur, InsyaAllah ada yang lebih baik siapa tahu,"ujarnya.

Ainun mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Emir Afiuddin pada November lalu dan kini usia kandungannya baru sembilan minggu dan dijangka menimang cahaya mata sulung pada September depan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain