suria

Dah banyak bantuan diberi, ibu 4 anak mahu pinjam RM20 pula nak tunaikan janji beli khemah mainan... aktivis minta maaf, ada sebab terpaksa kata tidak

Syed Azmi berkongsi mengenai kisah seorang penerima bantuan yang mahu meminjam wang untuk membeli khemah mainan untuk anaknya. - gambar hiasan

NAK minta bantuan, tapi bila beri betis nak paha pula. Begitulah ibaratnya.

Sebenarnya ramai yang bermurah hati untuk menghulurkan bantuan, tetapi pada masa sama masyarakat juga perlu dibimbing untuk lebih menghargai dan bertanggungjawab.

Aktivis masyarakat, Syed Azmi Alhabshi berkongsi pengalaman beliau baru-baru ini dihubungi seorang ibu yang merupakan antara penerima bantuan beberapa kali daripada pertubuhan yang diasaskan beliau sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktivis lepas geram, ibu 'demand' 18 pek susu formula untuk sebulan... dah lupa cara susu badan - "Tak tahu macam mana nak mula balik"

ARTIKEL BERKAITAN: "I cannot brain" - Aktivis geram awek Johor bagi list tak munasabah, siap 'demand' bantuan makanan ringan ketika krisis Covid-19

"Assalam Encik Azmi.... Saya tak pasti saya bodoh ikut kehendak anak atau memang ibu-ibu akan rasa macam saya rasa. Ni anak yang paling kecil enam tahun.

"Malam ni merajuk, tak nak makan tak nak (minum) susu. Tidur dalam keadaan perut kosong. Sambil menangis, tertidur," kata Syed Azmi mengimbas semula mesej berkenaan, yang dikongsikannya di laman Facebook beliau.



Contoh khemah permainan yang dihajati seorang anak berusia enam tahun. foto facebook Syed Azmi

Ia bermula selepas si anak mengikut bapanya pergi menghantar mesin tebang pokok dan terdapat sebuah khemah permainan berwarna merah jambu di luar rumah.

Syed Azmi berkata, si ibu memaklumkan bahawa khemah tersebut begitu dihajati oleh anaknya itu dan pernah dijanjikan oleh suaminya untuk membelinya.

"Dah lama sangat dia nak, dari umur empat tahun. Masa tu ayah dia janji tunggu ada duit ayah beli. Lepas tu senyap, ingatkan dia lupa.

"Hari ni meraung-raung tuntut janji. Tak tahu nak pujuk dah. Dia duk ulang-ulang dari dulu suruh beli tapi ayah ibu tak beli-beli sampai tahap kena marah. Last-last merajuk.

"Bukan tak pernah ada duit, tapi kami dahulukan mana yang penting. Bagi kami ni sekadar mainan je. Tapi bila dia tertidur dalam air mata, perut kosong.... terkilan juga," ujar Syed Azmi memetik kata-kata wanita itu.

Bercakap kepada mStar, Syed Azmi yang merupakan pengasas badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Untuk Anak Kita (Puak Payong) berkata, wanita berusia 36 tahun itu merupakan ibu kepada empat anak dan juga suri rumah.

Beliau berkata, wanita itu mahu meminjam sebanyak RM20 untuk membeli khemah permainan untuk anak bongsunya itu.

Sehari sebelumnya, Syed Azmi telah memberi bantuan kepada wanita itu lebih RM300 untuk keperluan barang dapur, bil elektrik, makanan untuk sekeluarga termasuk tayar motosikal.



Antara mesej wanita itu kepada Syed Azmi. foto facebook Syed Azmi

Tambah beliau, kelengkapan persekolahan anak-anak wanita itu juga telah diselesaikannya dan sebanyak RM1,000 disalurkan kepada keluarga tersebut pada Disember lalu.

"Minta duit buat cermin mata, bila saya dah bagi kata dah buat dah lepas tu minta duit lebih pakai baiki motor, saya kata okay. Ni nak minta pinjam," katanya.

Bersikap tegas, Syed Azmi memberi jawapan tidak untuk meminjam wang kepada wanita wanita itu.

"Saya rasa janji mak ayah pada anak memang kena mak ayah kotakan sendiri, ini jawapan saya. Bukan nak buatkan saya rasa bersalah. Jangan janji pada anak, mereka takkan lupa," ujarnya.

Sampai bila dia belajar nak bertanggungjawab? Dalam kes ini janji dia pada anak. Kalau senang dapat, kita tak nak jadikan mereka penagih bantuan

SYED AZMI ALHABSHI

Bercakap mengenai semua kes yang dikendalikan, Syed Azmi mahu penerima bantuan belajar untuk mempunyai rasa tanggungjawab dalam diri mereka.

"Kalau kita berikan, dia akan nampak peluang untuk sentiasa minta, minta, minta dan sentiasa tunjuk pada anak nak itu ini. Dan dia akan rasa senang jaja kisah sedih dan dapat.

"Sampai bila dia belajar nak bertanggungjawab? Dalam kes ini janji dia pada anak. Kalau senang dapat, kita tak nak jadikan mereka penagih bantuan.

"Maaf, saya tak setuju. Dia kena berusaha dulu. Paling kurang tunjukkan usaha dulu. Tak boleh nak cepat dapat. Itu tak boleh. Jangan biasakan," katanya.



Syed Azmi mahu membimbing masyarakat yang dibantunya. foto AZHAR MAHFOF/The Star

Walaupun mengasihani anak wanita itu, Syed Azmi tetap dengan pendiriannya yang mahu membimbing keluarga dalam kalangan penerima bantuan.

"Saya sarankan si ibu untuk minta anak buat kerja rumah dan bagi hadiah (khemah mainan) sebagai upah. Tapi dia senyap saja (tidak memberikan respons).

"Ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak untuk berusaha bagi mendapatkan sesuatu. Jangan manjakan anak... usaha tu penting, jika ada usaha sedikit pun, pasti saya bagi.

"Manjakan anak ini kena bertempat, tak nak jadi Anakku Sazali. Kita kena bimbing. Biarpun tegas dan dia bukan seorang dalam bab macam ni. Harap jadi pedoman. Maafkan saya apa-apa pun," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain