suria

“Nak besar semua, kalau tipu Allah tahu” - Memang ‘deep’ pesanan pemuda ini semasa order KFC... Rupa-rupanya sebab serba salah, ibu asyik mengalah makan ayam goreng kecil

Idea bernas Syed menulis mesej ringkas semasa membuat pesanan makanan menggunakan aplikasi mudah alih.

BUKAN nak kata customer is always right, tetapi dah alang-alang membeli biarlah puas hati.

Benarlah, pengalaman mendewasakan seseorang dan mungkin tindakan seseorang itu adalah disebabkan dia pernah berdepan situasi sama berulang kali.

Tidak terkecuali, seorang remaja dari Subang Jaya, Selangor ini telah membuat tempahan makanan menggunakan aplikasi Foodpanda lalu meninggalkan pesanan pada ruangan yang disediakan bagi memuaskan hatinya dan berlaku adil kepada ahli keluarga yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Main hulur kotak je tapi siap tulis terima kasih... gadis rasa bersalah, mohon maaf jika geng rider anggap kurang sopan - "Kalau ada baki kira sedekah"

ARTIKEL BERKAITAN: Terdesak punya hal, pelajar tak sangka rider Foodpanda penuhi permintaan... tapi ramai yang bengang - "Saya minta tolong guna ayat sopan"

"Nak hidup kena bijak," tulisnya di laman Twitter.



Mesej yang ditulis semasa membuat pesanan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Syed Adib Syed Sallehuddin berkata itu merupakan pertama kali dia menulis pesanan seperti itu semasa membuat tempahan makanan.

Mesra disapa Syed, dia terkejut apabila melihat tweetnya itu mendapat sambutan dan tidak henti dikongsi warga Twitter.

Sehingga kini perkongsian pemuda berusia 26 tahun itu meraih 44,000 likes dan 27,000 retweets.

"Memang ini pertama kali saya tulis macam tu sampai abang saya pun WhatsApp cakap ramai retweet dan mak yang tak tahu apa tertanya-tanya," ujarnya.

Perkongsian Syed mengenai kejadian pada Isnin lalu itu mencuri perhatian netizen sekaligus dipenuhi pelbagai komen netizen.

"Sebenarnya, saya tak berniat nak kurang ajar atau apa pun. Idea tu tiba-tiba datang," katanya yang bertugas di sebuah syarikat penghantaran barang.



Ciapan Syed di Twitter yang menjadi tular.

Menceritakan lebih lanjut, kata Syed, malam itu kami sekeluarga makan bersama untuk sambut kejayaan adik saya dapat menamatkan pengajian di peringkat diploma.

"Selalunya kami makan seorang seketul ayam sahaja. Order yang lima ketul sebab kami empat beradik termasuk mak. Ayah saya tak ada di rumah.

"Cumanya yang tak seronok selalu bila order mesti ada seketul ayam yang kecil dan selalu mak saya yang mengalah makan yang tu," jelasnya.

Tak ada niat lain pun, kalau yang baca dari sudut positif, jadi positiflah

SYED ADIB SYED SALLEHUDDIN

Kebiasaannya ibu Syed akan berkata 'tak apalah ibu nak yang kecil ja, ibu tak lapar sangat pun'.

Disebabkan selalu berdepan situasi yang membuatkan dia serba, jadi remaja itu terpanggil untuk buat catatkan pada tempahan itu.



Syed Adib Syed Sallehuddin.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata dia faham kalau sememangnya premis terbabit tiada stok ayam sebab itu tiada unsur paksaan dalam catatannya itu.

"Saya cakap kalau tak ada tak apa, cuma saya akui macam tak baik juga guna nama Allah dalam tu.

"Tak ada niat lain pun, kalau yang baca dari sudut positif, jadi positiflah," katanya.

Dalam pada itu, Syed berkata selepas perkongsiannya itu tular dia tidak pasti sama ada taktik itu boleh guna lagi atau sebaliknya kerana ramai yang kini menggunakannya.

Syed berharap adiknya yang bongsu itu iaitu Syed Lukman Hakim, 21 gembira dengan usahanya untuk berlaku adil kepada semua.

"Tak terima kasih lagi tak tahulah, bukan senang nak ada kekuatan nak tulis macam itu," ujarnya berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain