suria

Suami ‘bising’ isteri masuk kedai nak beli kertas A4 je, tapi borong segala macam barang... sampai rumah ini yang berlaku! - “Pemikiran perempuan ni 10 tahun ke depan”

Seorang isteri berbelanja besar selepas berhasrat untuk membeli kertas A4. -gambar hiasan

BENARKAH kebanyakan wanita suka berbelanja?

Pendek kata, ada saja yang hendak dibeli mereka dari sekecil-kecil sehingga sebesar besar benda.

Seorang suami berkongsi pengalaman menemani isterinya untuk membeli barang di sebuah kedai tetapi kemudian berbelanja lebih daripada apa yang dihajati.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami dapat 'baca' taktik isteri asyik nak pinjam duit, sengaja biarkan dompet duit berkepuk - "RM200 macam dapat RM200,000"

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk bilik, isteri senyap je... rupa-rupanya fikirkan burger dalam hati, suami terus keluar cari sampai tengah malam - "Bukan pelik tapi unik"

"Walaupun ada orang kata kaum perempuan ni akal pendek dan tak fikir panjang tapi saya fikir benda ni tak berapa tepat. Kenapa saya kata begini?



Kedai menjual kelengkapan dan alat tulis. -gambar hiasan

"Hari tu, bini saya suruh teman dia beli kertas A4. Saya pun bawalah dia pergi kedai buku. Punyalah lama saya tunggu, lepas tu bila dia masuk kereta punyalah banyak dia beli kertas A4 la, kertas warnalah, fail, kertas liminate, pen dan segala macam barang yang ada kat kedai buku tu.

"Saya macam nak marah juga, buat apalah beli banyak-banyak. Membazir saya kata. Kata nak beli kertas A4 je," tulis seorang guru di laman Facebook Muhammad Yusof.

Pada sebelah malam hari kejadian, guru tersebut mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan.

"Kena buat laporan tu, laporan ni, kertas kerja tu, kertas kerja ni. Masa nak print (cetak) saya cari kertas dalam rumah..

"Last-last saya jumpa kertas yang bini beli tadi jadi saya print guna kertas tu. Lepas tu nak cantik saya print guna kertas glossy. Ambil fail dia satu. Lepas tu saya liminate poster Covid pakai kertas liminate yang bini beli tadi," katanya.



Kisah seorang isteri bermula dengan pembelian kertas A4.

Pendek kata, hasilnya begitu memuaskan selepas dia menggunakan peralatan yang dibeli isterinya di kedai buku.

Bagaimanapun, selepas itu kata Muhammad Yusof, isterinya dapat mengesan barang-barang miliknya seperti diselongkar.

"Dia terus tanya sinis kat saya, Ai tadi bukan main marah, membazirlah apalah. Ni siapa yang banyak guna ni?" ujarnya mengimbas kembali perbualan bersama isteri.

Menurut Muhammad Yusof, kejadian seumpama itu bukanlah kali pertama berlaku antara mereka.



Perkongsian seorang guru di laman Facebook.

"Sebelum ni, bila bini saya kata nak main kutu beli iron Philips dan periuk Noxxa, saya kata buat apalah beli mahal-mahal, pakai je apa yang ada.

"Tapi bila dah ada rupa-rupanya saya yang banyak guna. Sebab mudah pakai benda alah tu. Sungguh. Lepas tu dia kata nak beli printer Epson, mahal sikit... lebih RM500.

"Saya kata beli Canon jelah murah. Tapi bila dah ada, saya pula yang banyak print sebab mudah. Dakwat pun murah," katanya.

Dia terus tanya sinis kat saya, Ai tadi bukan main marah, membazirlah apalah. Ni siapa yang banyak guna ni?

MUHAMMAD YUSOF

Bukan setakat itu, katanya, isterinya membeli bermacam-macam barang lain seperti air fryer, ketuhar gelombang mikro dan pembersih hampagas tanpa wayar.

"Bukan semua beli tunai tapi lebih kepada main kutu dan mengumpul, ” tambahnya.



Pengakuan seorang suami mengenai isterinya.

Muhammad Yusof memberitahu, dia seperti biasa pada mulanya membantah terhadap setiap pembelian itu sebelum akhirnya dia yang paling banyak menggunakannya.

"Lepas daripada itu, saya dah tak berapa nak bangkang apa yang dia beli sebab saya tahu apa yang dia beli semua untuk memudahkan kerja dia dan juga kerja saya.

"Ini point pentingnya. Saya akui pemikiran perempuan ni sebenarnya 10 tahun ke depan. Serius!" katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain