suria

Digelar ‘pelakon kayu’ angkara video di YouTube sendu, kontraktor bujang cuba nasib di TikTok pula... terkejut raih 1 juta tontonan dalam 4 jam!

Pemuda ini terkejut video TikTok miliknya meraih sejuta tontonan dalam temoh singkat.

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

Begitulah kisahnya mengenai seorang kontraktor Telekom di Durian Tunggal, Melaka apabila namanya secara tiba-tiba meledak di aplikasi TikTok.

Terbaharu, video drama pendek oleh Ahmad Shahimy Shaufi, 24, menerima sejuta tontonan dalam tempoh empat jam sekaligus memberi semangat untuknya berkarya pada masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih TikTok platform berdakwah... gadis berpurdah seawal usia 14 tahun hampir menangis saat terima mesej individu luah hasrat berhijrah

ARTIKEL BERKAITAN:Disangka berdarah kacukan gara-gara video TikTok, jejaka akui ada yang terkejut dia boleh cakap loghat Kelantan

Mesra disapa Shahimy, dia sebelum ini pernah mencuba nasib di YouTube, namun ia seolah-olah sepi tanpa kehadiran penonton.

"Saya asalnya buat YouTube sejak tujuh bulan lepas. Tapi masih perlahan hingga sekarang. Subscribers pun tak sampai 1,000 orang.

Shahimy bergelar YouTuber sejak tujuh bulan lalu dan kini beralih ke platform TikTok pula.

"Jadi pada awal Januari tahun ini saya beralih ke TikTok. Memang terperanjat video itu dapat sejuta view dalam empat jam selepas saya muat naik pada Jumaat lalu.

"Sekarang dah terkumpul jadi 1.5 juta tontonan dan ada satu lagi video sedang viral, dah hampir 900,000 tontonan," ujarnya kepada mStar.

Menurut jejaka bujang itu, dia bersyukur dengan penerimaan positif oleh netizen.

Saya tak terasa hati apabila ada yang cakap lakonan saya kayu.

SHAHIMY

Pada masa sama, dia turut peka dengan segelintir individu yang meninggalkan komen kecaman, termasuklah yang mengkritik mutu lakonannya.

"Alhamdulillah dengan penerimaan semua. Yang kecam pun saya terima, saya tak boleh tutup mulut orang.

"Saya tak terasa hati apabila ada yang cakap lakonan saya kayu. Ia masalah kecil. Saya cakap tak apa, saya masih baru.

Shahimy tak ambil hati apabila mutu lakonannya dikecam.

"Perlahan-lahan, saya ubah sikit-sikit. Tapi sejujurnya rasa terbayar penat lelah sebelum ini," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia juga pernah berhasrat untuk bersara menghasilkan video gara-gara sambutan sepi di YouTube.

"Saya pernah rasa nak putus asa. Saya buat sebab minat, tapi view di YouTube dalam 2,000 tontonan.

"Setakat ni ada dalam 10 video di YouTube. Jadi sekarang saya nak fokus TikTok, InsyaAllah saya nak hasilkan satu video sehari.

Antara babak dalam video tular itu.

"Biasanya saya buat video selepas balik kerja. Kawan-kawan dan keluarga pun suka melayan, ikut jadi pelakon," ujarnya.

Menerusi video tular itu, Shahimy bersama kakaknya cuba menyampaikan mesej mengenai individu zaman ini yang terlalu taksub dengan gajet sehingga mengabaikan hal sekeliling.

Ujarnya, selain unsur pengajaran, dia juga akan menyelitkan elemen lawak dalam setiap video yang dihasilkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain