NAMA Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, kanak-kanak berusia tujuh tahun yang ditemui mati, dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia sejak Jumaat lalu. Selain menangisi pemergian tragis itu, netizen juga menjadikan laman Facebook ibu kandungnya sebagai 'tempat' untuk melepaskan rasa marah atas apa yang berlaku. Pemerhatian mStar mendapati laman Facebook ibu kandung Amir dihujani puluhan ribu komen, rata-ratanya mengutuk kejadian tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga angkat dedah pertemuan sulit diatur bapa tiri tanpa pengetahuan ibu kandung, Amir diminta kunci mulut - “Macam kena seludup...” ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak mampu jaga, tak payahlah ambil” - Selepas 3 bulan diserah kepada ibu kandung, Amir pergi jua... luluh hati ibu angkat dapat tahu didera punca kematian Jika disoroti, wanita yang menggunakan nama Zuraida Atan itu banyak berkongsi resepi di Facebook miliknya. Antaranya, resepi kuih ketayap, nasi goreng, muruku, kek, semperit, mi kari dan banyak lagi. Setiap perkongsian wanita itu bagaimanapun mula dihujani dengan pelbagai makian dan kata-kata kesat oleh netizen sejak sehari yang lalu. Selain Facebook, netizen turut berkongsi semula posting wanita itu menerusi Twitter. Wanita itu banyak membuat perkongsian resepi menerusi Facebook miliknya. "Gila laju netizen maki dekat Facebook Zuraida tu," tulis seorang individu. Selain kecaman, netizen juga tidak putus-putus menzahirkan rasa simpati di media sosial dan mendoakan agar mangsa bersemadi dengan tenang. Gila laju netizen maki dekat Facebook Zuraida tu. PELAYAR TWITTER Dalam pada itu, ada yang turut memberi nasihat agar berhenti meninggalkan komen kesat memandangkan siasatan kes masih dijalankan dan belum ada sesiapa yang disahkan bersalah. Mayat kanak-kanak itu ditemui pada Jumaat di sebuah kediaman di Taman Krubong Jaya, Melaka. Mangsa sebelum ini dijaga oleh keluarga angkat selama enam tahun sebelum diserahkan kepada ibu kandungnya pada Oktober lalu. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, mangsa dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya dan mereka sudah ditahan reman selama tujuh hari bermula Sabtu. Mangsa didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya sebelum siasatan mendapati ada kecederaan fizikal pada badan. Sebelum ini, mangsa dijaga oleh keluarga angkatnya selama enam tahun sebelum diserahkan semula kepada ibu kandung pada Oktober lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)