suria

Keluarga angkat dedah pertemuan sulit diatur bapa tiri tanpa pengetahuan ibu kandung, Amir diminta kunci mulut - “Macam kena seludup...”

Gambar terakhir Norlida dan anak perempuannya, Tuhfah Nazira yang dirakam ketika kali terakhir bertemu Amir, November lalu.

DALAM kerisauan berdepan pandemik Covid-19, rakyat Malaysia turut berduka selepas dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, dipercayai menjadi mangsa dera.

Seperti diketahui umum, mangsa, Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek atau Amir dipelihara oleh keluarga angkat selama enam tahun sebelum diserahkan semula kepada ibu kandungnya sekitar Oktober 2020.

Menerusi pendedahan polis pada Sabtu, ibu kandung dan bapa tirinya juga sudah direman tujuh hari kerana dipercayai menjadi dalang di sebalik kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak mampu jaga, tak payahlah ambil” - Selepas 3 bulan diserah kepada ibu kandung, Amir pergi jua... luluh hati ibu angkat dapat tahu didera punca kematian

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba masa ibu angkat tunai janji... detik hiba anak dijaga sejak bayi perlu diserah kepada mak kandung - “Tak pernah niat rebut Amir”

Di Instagram pula, Tuhfah Nazira, salah seorang anggota keluarga angkat mangsa turut memuat naik video yang cukup meruntun hati.

Dakwa wanita itu, dia sekeluarga pernah bertemu Amir secara senyap-senyap dengan bantuan bapa tiri kanak-kanak itu selepas dia diserahkan kepada keluarga kandungnya di Melaka, sekitar tiga bulan lalu.

"Masa ni ayah tiri Amir bawa Amir jumpa kami secara diam-diam tanpa pengetahuan mak kandung dia.

Keluarga Norlida menyayangi Amir bagai darah daging sendiri.

"Bayangkan kami nak jumpa Amir pun macam kena seludup diam-diam.

"Siap pesan dekat Amir, adik jangan bagitahu mama tau nanti, respon Amir OK-OK," tulis wanita itu.

Terdahulu, ibu kepada Tuhfaz Nazira, Norlida Abu Hassan sewaktu dihubungi mStar memaklumkan pernah bertemu anak angkatnya itu sebanyak dua kali sahaja selepas diserahkan semula kepada ibu kandungnya.

Bayangkan kami nak jumpa Amir pun macam kena seludup diam-diam.

TUHFAH NAZIRA

KAKAK (KELUARGA ANGKAT)

"Sejak serahkan Amir pada Oktober lalu, sempat dua kali saja bertemu. Bapa tirinya akan ambil kesempatan bawa Amir sekali kalau dia nak hantar barang di Kuala Lumpur. Masa tu dia akan beritahu saya dan kami berjumpa di kedai makan.

"Kali terakhir jumpa, bapa tirinya bawa Amir pada 7 November lalu. Amir ceria dan gembira sangat. Dia cakap nak sekolah dekat rumah 'Umi', nama panggilan untuk saya.

Pendedahan terbaharu oleh ahli keluarga angkat kanak-kanak malang itu di Instagram.

"Kini saya tak berpeluang lagi nak tengok dia, dengan suara dia," kata Norlida yang menetap di Rawang.

Dalam pada itu, video sayu yang dikongsi Tuhfah Nazira sehingga kini meraih lebih 200,000 tontonan di Instagram.

Rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan salam takziah dan mendoakan agar keluarga angkat mangsa tabah dengan pemergian mengejut itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 4 petang, Jumaat, dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya di sebuah kediaman di Taman Krubong Jaya, Melaka.

Pasangan itu juga sudah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Mangsa didakwa lemas di dalam tong air dirumahnya sebelum siasatan mendapati ada kecederaan pada fizikal badan.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan bunuh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain