suria

Dulu rasa nak lemaskan diri sebab wajah disamakan dengan beruk, kini pemuda ini dah ‘move on’ - “Saya masih bernilai, ada maruah”

Wajah Niezam dahulu (kiri) dan sekarang (kanan). foto ihsan Mohd Nizam Ahmad Saufi

MANUSIA diciptakan tidak sempurna, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Namun, sebarang kelemahan manusia termasuklah pada paras rupa tidak boleh dijadikan sebab untuk kita menghina orang lain.

Begitulah yang dialami seorang remaja lelaki yang pernah dibuli sewaktu zaman sekolahnya, selama beberapa tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi cita-citanya, gadis ini yakinkan diri kongsi gambar selfie walau pernah diejek dajal

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat K-Pop bibir pink menyesal seminggu bertopeng di Korea Selatan sebab rasa rendah diri - "Saya akan kembali dengan lebih banyak gambar selfie"

Berkongsi pengalaman kepada mStar, pemuda berkenaan, Mohd Nizam Ahmad Saufi berkata, dia menjadi mangsa buli semasa belajar di Tingkatan Dua.



Niezam pernah menjadi mangsa buli di sekolah.

Dia yang kini berusia 18 tahun memberitahu, kebanyakan yang menghina wajahnya adalah dalam kalangan rakan-rakan sekolah dan pengikutnya di media sosial.

"Mereka samakan muka saya dengan beruk, monyet. Lepas tu selalu ejek saya conteng meja saya dan tulis nama seperti buruk, tak sedar diri. Siap lukis muka saya dalam rupa macam beruk.

"Mereka ejek dan hina saya sebab rupa saya dan ada jerawat. Dulu muka saya breakout teruk, tak macam sekarang... jauh beza," katanya ketika dihubungi.

Lebih mesra disapa Niezam, katanya, selain rupa, dia turut dihina kerana suaranya yang lembut seperti perempuan.

Walaupun cuba untuk mempertahankan diri, dia mengakui sampai ke satu tahap berasa tertekan dan sedih dengan segala kata-kata cacian itu.

"Hampir setiap hari dalam setahun tu saya dibuli, di sekolah dan media sosial. Sampai saya berkurung lama-lama dalam bilik berhari-hari tak makan.

"Saya rasa nak lemaskan diri dalam tandas dan nak gantung diri dalam bilik sebab saya tertekan dengan apa yang jadi dekat saya masa tu," katanya sambil menambah ketika itu pelajarannya turut terganggu.



Niezam tidak mahu mensia-sakan hidupnya.

Walau bagaimanapun, anak kelahiran Bintulu, Sarawak itu masih waras dan tidak akan mensia-siakan hidupnya dengan membunuh diri kerana ia merupakan satu tindakan yang amat tidak wajar.

Dia turut bersyukur kerana beberapa rakannya sudi memberi sokongan dan membantu untuk melakukan perubahan serta melupakan segala unsur negatif.

Saya tak boleh sia-siakan kehidupan saya macam tu. Saya terima qada dan qadar dan saya mahu berubah

MOHD NIZAM AHMAD SAUFI

"Saya cakap kat diri sendiri bahawa saya ni masih bernilai, masih ada maruah walaupun selalu kena buli sebab saya satu-satunya harapan, satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.

"Saya tak boleh sia-siakan kehidupan saya macam tu. Saya terima qada dan qadar dan saya mahu berubah.

"Saya yang dulu seorang yang pendiam, takut nak berkawan, selalu berfikir negatif sebab dipulaukan oleh kawan-kawan saya kat sekolah. Tapi sekarang saya periang, mudah menghiburkan orang ramai, suka buat kawan, baik dengan semua orang walaupun mereka juga tak sempurna," ujar anak keempat daripada lima beradik itu.



Niezam kini lebih yakin dengan penampilan diri.

Menurut Niezam, dia mengubah penampilan dengan belajar beberapa cara di laman YouTube dan melakukan pembersihan wajah serta membuat senaman muka.

"Saya hanya nak dapatkan wajah yang elok secara semula jadi dan bukannya dengan pembedahan plastik sebab saya tahu ia adalah haram dalam Islam.

"Saya ubah penampilan sebab tak nak kehidupan saya terus dibuli sehingga meningkat usia. Saya kini lebih yakin dengan diri saya dan move on untuk menjalani kehidupan yang lebih baik," katanya yang turut mendapat inspirasi daripada instafamous, Norreen yang banyak melakukan transformasi diri di laman sosial.

ak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain