ORANG tua-tua dahulu sering melarang anak-anak mereka bermain di luar rumah apabila matahari sudah mulai terbenam. Ini kerana waktu senja dikatakan sebagai waktu di mana syaitan dan jin keluar berpusu-pusu untuk menjalankan 'operasi' mereka. Pada waktu inilah gangguan oleh makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar sering berlaku, sebagaimana kisah yang dialami sendiri oleh seorang doktor. ARTIKEL BERKAITAN: Misteri wad denggi! 12 tiub darah lesap selepas doktor nampak wajah ngeri di sebalik tirai... tambah seram, 'saksi' kejadian meninggal dunia beberapa hari kemudian ARTIKEL BERKAITAN: Tenang lain macam, ‘jonah’ pun tidak... Doktor ‘on call’ lari lintang pukang, ada mata terbeliak intai di sebalik pintu! Terfikir juga mungkin prank - “Nasib baik dah tak kerja di hospital tu...” Menerusi satu coretan di Facebook, doktor ini berkata gangguan tersebut berlaku ketika dia sedang menunggu giliran untuk mendirikan solat Maghrib di kliniknya. "Aku sedang tunggu giliran nak solat, tiba-tiba terdengar amaran suhu tinggi berbunyi dari termometer di kaunter saringan yang terletak di pintu hadapan klinik. "Termometer tu jenis ada pengimbas automatik. Jika ia kesan ada sesuatu di hadapannya, dia akan imbas suhu. Jika suhu 37.5 Celcius atau lebih, ia akan mengeluarkan bunyi amaran yang kuat. Sebahagian perkongsian kisah gangguan yang dialami oleh Dr Kamarul Ariffin di Facebook. "Aku bangun dari kerusi dan buka pintu bilik konsultasi dan mengintai ke kaunter saringan, kerana bimbang ada orang masuk ke dalam klinik. "Ternyata tak ada sesiapa di kaunter itu. Mungkin ada glic pada termometer itu. Aku tutup semula pintu bilik konsultasi, dan kembali ke kerusi aku," tulis Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan pada perkongsian tersebut. Sungguhpun merasakan situasi yang berlaku sebentar tadi adalah disebabkan isu teknikal, namun mindanya masih tertanya-tanya punca mengapa termometer itu berbunyi sendiri. Penggeranya berbunyi nyaring. Seram pula aku jadinya. Ada 'benda' bersuhu tinggi duduk di atas kerusi pesakit di sebelah aku ke? DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN DOKTOR "Tiba-tiba terasa nak cuba imbas suhu udara, jadi aku pun capai termometer dan imbas suhu di sisi aku. Di sisi aku tu ada kerusi di mana pesakit akan duduk jika dia berjumpa aku. "Aku imbas suhu di paras di mana sepatutnya kepala pesakit berada jika dia duduk di situ. Teet! Teet! Teet! Pengera termometer bebunyi. Aku lihat paparan skrinnya. 37.5 Celcius. Aik! Kenapa tinggi? "Aku imbas lagi di tempat yang sama untuk kepastian. Berbunyi lagi! Kali ni suhunya 38 Celcius. Sekali lagi aku cuba imbas di kerusi pesakit pada paras kepala. "Skrin paparan termometer tu bertukar merah terang, dan bacaannya 42 Celcius. Penggeranya berbunyi nyaring. Seram pula aku jadinya. Ada 'benda' bersuhu tinggi duduk di atas kerusi pesakit di sebelah aku ke?," doktor tersebut berkerut memikirkan situasi yang aneh itu. Gangguan yang dihadapi oleh Dr Kamarul Ariffin berlaku ketika waktu Maghrib. -Gambar hiasan Lantas doktor itu terus teringat untuk melakukan sesuatu bagi memastikan apa yang sedang bermain di fikirannya ketika itu. "Aku sua tangan aku dekat dengan kerusi dan sentuh tempat duduknya, kemudian aku lekas-lekas tarik tangan aku semula. Ternyata kerusi tu panas. Terus aku bangun dari kerusi aku! "Staf aku baru keluar dari bilik solat. Aku terus pergi ambil wuduk dan tunaikan solat," katanya. Cerita Dr Kamarul, seusai menunaikan solat Maghrib, dia lantas membacakan doa-doa khusus untuk memohon perlindungan Allah daripada sebarang bentuk gangguan makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. "Alhamdulillah lepas tu dah tak ada dah berlaku sitausi seumpama tadi.Mungkin benar, waktu maghrib adalah masa 'mereka' berkeliaran," tulisnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!