KETIKA ini manusia sanggup melakukan pelbagai penipuan demi kepentingan peribadi. Dalam kes yang dialami oleh wanita ini, dia menjadi mangsa kepada individu tidak bertanggungjawab yang mencuri gambar-gambarnya untuk tujuan mencari jodoh. Kedengaran agak lucu, namun perkara sedemikian sebenarnya memberi impak buruk kepada si pemilik asal. ARTIKEL BERKAITAN: Lagi kes pelajar kena scam bilik sewa! Taktik licik sampai kebas deposit RM310... ‘Masyitah’ terus lesap - “Harap dia unblock dan minta maaf, itu dah cukup” ARTIKEL BERKAITAN: Guru pelik masyarakat kini ‘prihatin menonong’! Kawan sendiri pun sama, dapat mesej random terus bagi derma - “Teruslah... cuma prinsip aku jelas” Menerusi perkongsian di Twitter, wanita bernama Arifah Raedah memuat naik dua paparan skrin memaparkan akaun palsu Facebook yang diwujudkan oleh 'scammer' menggunakan nama dan fotonya bertujuan mencari pasangan hidup. Sehingga kini perkongsiannya meraih melebihi 4,000 retweet. Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Arifah yang juga seorang pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN) berkata dia hanya menyedari perkara tersebut selepas beberapa kenalan dan bekas anak muridnya memaklumkan kepadanya. Perkongsian Arifah di Twitter menjadi tular. "Beberapa hari lalu ada kenalan dan pelajar hantar mesej di WhatsApp dan Direct Message (DM) beritahu. Memang terkejut juga. Orang tu curi gambar-gambar saya dari Instagram dan buat akaun baru Facebook... untuk iklankan diri di grup cari jodoh pula tu. "Bukan satu, tapi dua grup dia iklankan diri. Itu yang saya jumpa, yang saya tak jumpa pula? Gambar dan nama memang sama, tapi butira-butiran diri semuanya salah. Tapi yang tak boleh tahan, bahagian status tu dia letak 'ibu tunggal kepada dua anak'. Padahal suami saya ada lagi. "Bahagian umur pun sama... dia main suka hati letak umur 44 tahun, padahal saya muda lagi," ujarnya sambil berseloroh. 'Scammer' tersebut mencuri gambar Arifah dan mencipta akaun Facebook palsu untuk tujuan mencari jodoh. Tanpa berlengah, beliau yang berpengalaman menhajar selama 11 tahun ini segera membuat perkongsian di media sosialnya untuk menjelaskan perkara tersebut seterusnya meminta rakan-rakan untuk membuat 'report' kepada Facebook. "Kewujudan akaun tu dah berapa lama, saya tak pasti pula. Tapi rasanya sekarang mungkin akaun palsu tu dah tak ada sebab ramai report. "Bila suami tahu pasal ni, terutama pasal ibu tunggal tu, reaksinya hanya tergelak saja... tak melenting pun. Kami anggap ini kerja orang yang tak matang," ujar wanita berusia 35 tahun ini yang juga merupakan ibu kepada empat cahaya mata. Sekarang ni dia menipu sebab iklankan diri nak cari jodoh, takut dia guna untuk tipu orang pula ARIFAH RAEDAH MANGSA Buat masa ini, Arifah berkata dia akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)"Bukan apa, kita bimbang orang salahguna untuk buat penipuan lagi selepas ni. Sekarang ni dia menipu sebab iklan diri nak cari jodoh, takut dia guna untuk tipu orang untuk tujuan lain pula, contohnya jual produk atau sebagainya. "Ada yang kata benda ni jadi mungkin sebab saya selalu muat naik gambar di Instagram. Sebenarnya saya ni dalam masa yang sama buat paid review, tolong promote barangan yang dijual oleh orang lain. Arifah dan suaminya menganggap apa yang berlaku disebabkan tindakan individu tidak matang. "Sudah semestinya kena letak mode 'public' dan muat naik gambar. Benda ini untuk membantu ekonomi orang lain juga," katanya. Tambah Arifah, dia tidak menolak untuk mengambil tindakan lebih tegas sekiranya perkara yang sama berulang. "Kepada yang di luar sana, jadilah diri sendiri, tak perlu jadi orang lain... tak perlulah curi identiti orang lain. Setiap orang ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri," ujarnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!