RAKYAT Malaysia yang berbilang kaum sememangnya sudah dididik sejak kecil untuk saling menghormati antara satu sama lain. Malah, kita juga wajar membantu sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan, tanpa mengira bangsa mahupun agama. Terbaharu, tular sebuah rakaman memaparkan pemuda berbangsa Melayu yang menunggang sebuah motosikal, menawarkan bantuan kepada seorang wanita Cina yang sedang berjalan kaki. ARTIKEL BERKAITAN: Berlapar hantar makanan, pemberian pelanggan Cina buat rider GrabFood ini nak menangis, “Terharu dia hargai kerja saya” ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 9 tahun keluar-masuk sekolah, akhirnya lelaki ini dapat lihat pelajar Cina ‘rare’ Menurut Muhammad Hakim Abdullah, 20, ia berlaku di Jalan Ulu Lalang ke Sungai Gadut, Negeri Sembilan pada tahun lalu, namun baru sahaja dimuat naik ke akaun TikTok miliknya pada Ahad. Mesra disapa Hakim, dia yang memasang kamera aksi GoPro pada topi keledar miliknya mengakui sama-sekali tidak menyangka akan terserempak dengan wanita itu pada hari kejadian. "Saya pernah kena langgar lari dulu, dilanggar oleh orang yang lawan arus. Saya pengsan dan orang tu melarikan diri. Paparan skrin video tular itu. "Jadi saya pasang GoPro pada topi keledar untuk tujuan keselamatan. Kalau kemalangan, ada bukti. Pada masa sama saya terfikir untuk buat motovlog. "Pada hari kejadian saya dalam perjalanan untuk ke bank di Senawang dan ternampak wanita itu. Jadi saya tumpangkan dia dalam jarak 800 meter ke sebuah perhentian bas. "Saya pun tak sempat borak panjang dengannya. Dia tanya harga, nak bayar upah. Tapi saya kata tak apa, saya tolong saja," imbas Hakim. Saya rasa terkejut dan terharu, sebab tak pernah video saya dapat komen macam ni daripada rakyat Malaysia. HAKIM Bercerita lanjut kepada mStar, Hakim mendedahkan dia pada mulanya mahu berkongsi video yang dirakam secara tidak sengaja itu ke saluran YouTube miliknya. Namun, dia mengubah fikiran kerana terdapat kekangan untuk membuat suntingan sebelum berkongsi dua bahagian rakaman itu ke aplikasi TikTok. Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, dia terkejut apabila dua video berkenaan kini meraih lebih 150,000 tontonan dalam masa singkat. Hakim terkejut apabila video itu tular dan menerima perhatian rakyat Malaysia. "Saya pun tak sangka, sebab saja nak post. Pada mulanya nak masukkan ke YouTube, tapi disebabkan tak ada laptop yang sesuai untuk edit, end up saya post di TikTok. "Saya baru sempat buka TikTok dan baca banyak komen. Ramai komen baik-baik, mereka bercakap mengenai semangat satu Malaysia. "Kita berbilang kaum, mestilah saling membantu. Saya rasa terkejut dan terharu, sebab tak pernah video saya dapat komen macam ni daripada rakyat Malaysia. Hakim berkata dia sekadar membantu dan langsung tidak mengharapkan sebarang bayaran. "Biasanya kawan-kawan dan keluarga saja yang komen di video saya. Saya cuma nak berkongsi benda baik dan sebab saya suka buat video, bukannya mengharapkan pujian," ujarnya yang kini bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai menjual ikan di Pasar Basah Rantau. Dalam pada itu, pemerhatian mStar di ruangan komen video berkenaan menyaksikan Hakim dihujani pelbagai pujian serta kata-kata positif atas nilai murni yang ditunjukkannya itu. Malah, ada netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka yang hampir sama. "Aku pernah, ada uncle India habis minyak tepi jalan tapi tiada siapa tolong. Jadi aku tolong, dia nak bagi RM50 sebab terharu, tapi aku tak nak. "Kalaulah semua rakyat Malaysia macam ni. Indahnya hidup kita. Anda harus diberi pujian saudara. "Terbaik, kita satu Malaysia saling membantu," tulis beberapa netizen. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!