suria

Rare! Nak cari duit lebih punya hal, 4 gadis Ipoh siap set up gerai burger dalam rumah... tapi kenapa belum jual lagi? – “Berasap, habis berbau”

(gambar kiri, tengah) Gerai burger di dalam rumah menjadi perhatian. (gambar kanan) Aza (kanan) bersama rakan-rakan serumahnya.

KETIKA ini ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19, sehingga ada yang dibuang kerja.

Demi kelangsungan hidup, antara mereka yang terjejas beralih menjalankan bisnes secara kecil-kecilan termasuk membuka gerai di hadapan rumah.

Namun, sebuah video yang dikongsikan di laman Tiktok menjadi perhatian apabila rakaman menunjukkan sebuah gerai burger 'beroperasi' di dalam rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak dah tak jual cendol, anak buka kedai kopi depan rumah... sempoi sebab guna kabinet lama je! - "Hari pertama laku 11 cawan"

ARTIKEL BERKAITAN: Tak ada duit sambung belajar, pemuda balik kampung dan buka kedai kopi dalam bilik tidur... kini harapkan rezeki di lorong belakang

Aksi beberapa wanita sedang memasak beberapa daging burger di gerai yang siap dipasang itu ternyata mencuit hati netizen.



Empat rakan serumah dalam persediaan untuk membuka gerai burger.

Individu yang merakamkan video itu, Siti Nuraza Dalila Omar Afsaidi berkata, kejadian berlaku turut membabitkan tiga rakan serumahnya di rumah sewa mereka di Ipoh, Perak.

Gadis berusia 21 tahun itu menjelaskan, gerai yang dipasang bukanlah lakonan semata-mata demi sebuah 'content' untuk menarik perhatian netizen.

"Memang itu gerai burger yang lengkap kami pasang. Memang kami betul-betul masak burger sebab ada yang tunggu tempahan.

"Bezanya gerai tu kami pasang di bahagian dapur rumah, bukan di luar rumah atau kat tepi jalan macam orang selalu buat," katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Aza, katanya, kesemua burger yang dimasak itu bagaimanapun tidak dijual, sebaliknya dijadikan sebagai percubaan sebelum memulakan bisnes tersebut.



Gerai burger yang ditempatkan sementara di dapur.

"Kami masak burger tu sebagai 'tester' untuk bagi pada rakan-rakan terdekat supaya mereka boleh rasa dahulu dan berikan pandangan.

"Ketika ini kami dalam peringkat akhir sebelum berniaga burger, yang dirancang bakal bermula kira-kira dua minggu lagi," ujarnya yang juga berasal dari Ipoh.

Sekarang ni masih dalam peringkat percubaan, sebab itulah kami pasang gerai burger kat dapur dulu

SITI NURAZA DALILA OMAR AFSAIDI

Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, tempoh persediaan mengambil masa berikutan dirinya bersama tiga lagi rakan serumah mempunyai komitmen dengan kerja masing-masing dalam bidang perhotelan di bandar itu.

"Kami semua tinggal sekampung di Kampung Melayu Batu 8 di Ipoh, dan salah seorang daripada mereka adalah kakak saya berusia 24 tahun.

"Kami juga bekerja di hotel yang sama. Kerja kami ada syif, jadi ada yang kerja pagi dan ada yang kerja sampai malam. Jadi, bukan mudah untuk mengumpulkan kami semua kecuali hari cuti," katanya yang bertugas sebagai penyambut tetamu.



Ragam rakan-rakan serumah di gerai burger.

Bersyukur mempunyai pekerjaan tetap, Aza berkata, keempat-empat mereka mahu berniaga burger bagi mendapatkan pendapatan sampingan ketika waktu yang sukar ini.

Jelasnya, gerai burger yang diusahakan mereka berempat itu bakal beroperasi di hadapan rumah mereka, dan bukannya di dapur.

"Memandangkan kami semua bekerja mengikut syif, jadi kami akan bergilir-gilir mengusahakan gerai burger di luar rumah.

"Bagi yang kerja pagi atau cuti pada hari berkenaan, mereka akan sama-sama menjual burger sebab gerai akan dibuka paling awal pun lewat petang atau malam.

"Sekarang ni masih dalam peringkat percubaan, sebab itulah kami pasang gerai burger kat dapur dulu. Tapi bila dah masak burger betul-betul tu, berasap jugalah... habis bau satu rumah," ujarnya secara berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain