KEMUNCULAN seorang gadis berdarah kacukan Malaysia dan Filipina dengan bakat nyanyian luar biasa ternyata mencuri perhatian ramai netizen. Malah, video cover lagu Sakit dendangan asal Yonnyboii dan Zynakal oleh Yazmin Aziz, 19, turut menerima pujian ramai sehingga meraih lebih 100,00 tontonan di TikTok. Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Yazmin mengakui sudah meminati bidang seni suara sejak kecil lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Suara bak nyanyian dalam mimpi, ada kata penuntut UiTM ini boleh dodoi tidur... belum dengar full version lagi tu! ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda Selain nyanyian, dia turut memiliki bakat menulis lagu dan boleh bermain gitar serta piano. "Sejak kecil saya suka menyanyi, suka menari. Sejak itu saya kejar impian dalam bidang ini. "Saya tahu ia tak mudah, dan saya juga tahu ia akan menjadi sukar. Nak bahagi masa antara belajar dan minat menyanyi lagi. "Tapi itu semua jadi motivasi. Sejak usia 12 tahun juga saya dah mula menulis lagu yang mana ia berkisar mengenai bapa kandung saya yang berasal dari Filipina," ujarnya. Yazmin juga pernah meraih pingat perak menerusi penyertaan World Championship of Performing Art pada tahun 2017 dan 2020. Bercerita mengenai dirinya, Yazmin kini sedang meneruskan pengajian dalam bidang komunikasi di sebuah universiti di Damansara, Kuala Lumpur. Pada masa sama, dia turut bergelar penyanyi yang bergerak sendiri dan sudah merakamkan beberapa lagu. Antaranya berjudul Lihatlah, Cold Rainy Days, Heart & Soul dan Soul Connection. Pada waktu itu saya menjadi mangsa buli. Dulu saya tak banyak cakap bahasa Melayu. YAZMIN "Saya bergerak secara independent. Sebab itu juga saya buat sendiri semuanya. Dulu di Instagram dan YouTube. "Kini saya cuba TiTkTok sejak sebulan yang lalu. Sangat bersyukur dan tak sangka dapat raih lebih 100,000 pengikut dalam tempoh singkat," ujar anak pertama daripada tiga beradik itu. Selain video nyanyian, Yazmin juga sering berkongsi video sketsa komedi sambil mengajar bahasa Tagalog untuk pengikutnya. Dedah Yasmin, dia juga pernah dibuli sewaktu kembali ke Malaysia suatu masa lalu. "Saya tinggal di Filipina selama enam tahun. Kemudian saya balik ke Malaysia masa sekolah rendah. "Pada waktu itu saya menjadi mangsa buli. Dulu saya tak banyak cakap Melayu, jadi ada yang tak puas hati. Ada yang suruh saya balik kampung di Filipina. Yazmin juga pernah meraih pingat perak menerusi penyertaan World Championship of Performing Art pada tahun 2017 dan 2020. "Walaupun ada yang merendah-rendahkan saya, saya masih orang Malaysia. Peristiwa ini menjadi motivasi untuk saya perbaiki bahasa Melayu. "Tapi sekarang saya gembira. Bukan sahaja orang Malaysia, tapi ada pengikut dari Indoesia dan Singapura pun teruja nak belajar bahasa Tagalog menerusi video TikTok yang saya hasilkan. Ujar Yazmin lagi, dia cukup berterima kasih dengan semua individu yang banyak memberi sokongan buatnya selama ini. Menjadikan Lady Gaga dan Vince Chong (Akademi Fantasia) sebagai idolanya dalam bidang muzik, Yazmin juga komited untuk terus berkarya untuk semua pengikutnya. Untuk rekod, Yazmin pernah meraih pingat perak (Anugerah Khas - Anugerah Penghargaan Industri) menerusi penyertaan World Championship of Performing Art (WCOPA) pada tahun 2017 di Long Beach, California, Amerika Syarikat.Dia sekali lagi memenangi pingat sama dalam kejohanan itu yang berlangsung secara maya (virtual) pada tahun 2020.Jelasnya, kedua-dua kemenangan itu dalam ketegori nyanyian dan dia terpilih mewakili Malaysia selepas memenangi ujibakat dalam negara terlebih dahulu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)