TIADA siapa pernah bersedia, namun harinya pasti akan tiba. Bagi setiap anak, kematian ibu bapa menjadi igauan terbesar dalam hidup mereka. Malah, sesiapa yang pernah melaluinya pasti tahu betapa perit hati untuk melepaskan orang tua pergi buat selamanya. ARTIKEL BERKAITAN: Anak arwah Aziz Desa takut kehilangan ibu, mahu buktikan mampu jadi cef - “Tak indah konvo kalau dia tak ada” ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak akan lupa sampai mati” - Dari bujang sampai dapat anak, abang suka sangat ‘memberi’... terbaharu adik sebak baca mesej ‘duit Tabung Haji’ arwah mak Di Facebook, tular perkongsian seorang lelaki mengenai kematian ibunya setahun yang lalu. Menurut lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Shota Shimizu itu, dia yang berada di Kuala Lumpur bergegas pulang ke kampung selepas menerima berita kematian ibunya di sebuah hospital. "Pada pukul 3 petang jenazah mak dibawa ke rumah untuk dilihat buat kali terakhir. "Sewaktu buka ikatan kain kafan tu, aku nampak yang dalam bungkusan tu mak aku. "Aku tak dapat nak tahan air mata yang tersangatlah sedih. Lepas tu sembahyang kat surau dan dikebumikan," tulis jejaka itu. Ramai netizen turut meninggalkan komen, berkongsi pengalaman mereka kehilangan insan tersayang. (Gambar Hiasan) Selesai segala proses pengebumian, berlaku satu lagi kejadian sedih pada malam pertama kematian ibunya. Kata lelaki itu, dia tidak dapat menahan sebak untuk menikmati juadah terakhir ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. "Settle semua sebelum Maghrib. Kat rumah mak, rasa lapar pula. Buka tudung saji ada nasi lemak dengan sambal telur. Suapan pertama tu, Ya Allah... aku rasa lain sangat masakan tu. ANAK ARWAH "Aku tahu ni masakan terakhir mak. Aku cedok dan bahagikan sorang sikit adik-beradik. "Suapan pertama tu, Ya Allah... aku rasa lain sangat masakan tu. Aku makan sambil menangis," ujarnya. Tambah lelaki itu, walau perit dia tetap menghabiskan juadah itu kerana beranggapan dia sudah tidak akan merasai nikmat itu lagi sampai bila-bila. "Sebab tu masakan terakhir mak. Dan aku tak akan dapat rasanya lagi. Setahun sudah berlalu. Kenangan bersama mak hidup dalam ingatan," ujarnya. Dalam pada itu, rata-rata netizen di Facebook turut menzahirkan rasa sedih atas kisah yang dikongsi itu. Malah, ada yang turut meninggalkan komen ucapan takziah dan mendoakan kesejahteraan arwah. Lelaki itu berkata, dia bersama adik-beradik yang lain berkongsi juadah erakhir yang dimasak arwah ibu mereka. (Gambar Hiasan) Selain itu, ada netizen berkongsi kisah sendiri yang turut kehilangan insan tersayang. "Pengalaman saya pula, dah siap bakar tart nenas untuk suami. Esok pagi nak sahur, arwah suami pergi menghadap Ilahi. Ingatkan nak bagi arwah makan masa sahur tu. "Masakan bonda terakhir sayur masak lemak. Sampai sekarang pergi mana-mana restoran aku cari lauk tu. Walaupun tak sama tapi lepaslah rindu pada arwah bonda. "Sama bossku... merasa kuih last arwah mak buat kuih seri muka. Hilangnya tiada pengganti... doa anak-anak buat peneman di sana," tulis netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!