PULANG ke kampung halaman dan berkumpul beramai-ramai dengan adik-beradik memang menyeronokkan. Serta merta rumah datuk dan nenek meriah dengan gelagat cucu cicit yang pulang selepas beberapa lama tidak berjumpa. Namun dalam keseronokan dan kemeriahan tersebut, kadang kala ada perkara yang terlepas pandang yang dibimbangi menimbulkan rasa kurang senang ibu bapa atau ipar duai. ARTIKEL BERKAITAN: Kenyang makan nasi kenduri, tetamu tinggalkan ‘hadiah’ atas pinggan, “Memang marahlah, tandas sebelah dewan je” ARTIKEL BERKAITAN: Najis dalam gelongsor, lampin bayi bersepah selepas 2 minggu Taman Tasik Titiwangsa dibuka semula... mentaliti kita kelas ketiga? Menerusi coretan seorang pelayar di Facebook, dia berkongsi kisah keluarganya sendiri yang mungkin boleh dijadikan teladan oleh orang ramai terutama apabila pulang ke kampung. "Kebiasaannya bila dah ramai-ramai di kampung mak ayah, lepas mandikan anak-anak kami kumpul satu tempat pampers anak-anak. Cucu ayah semua ada tujuh orang setakat ni. "Nampak sikit je tujuh orang kan tapi bila dah pukul 12 tengahari masing-masing dah mandi, memang penuh satu beg plastik pampers yang dah guna. "Sampailah suatu hari, kami adik beradik, ipar lepas dua hari di kampung masing-masing berkemas dan bersedia untuk balik ke lubuk rezeki masing-masing," kongsinya. Menyusul kepulangan mereka ke kediaman masing-masing, pelayar ini berkata dia dan adik beradiknya dikejutkan dengan mesej daripada ayahanda di kampung. Tidak lama selepas tiba di rumah dari kampung, pelayar ini dan adik beradiknya mendapat mesej daripada ayah mereka. Gambar hiasan Disangkakan mesej biasa, namun rupa-rupanya ia berupa coretan nasihat panjang untuk direnungi bersama. "Mintak maaf dululah ya anak-anak. Ayah nak cerita sikit ni. Semoga kita semua terpelihara dari dosa yang terhijab. "Sepanjang ayah bersama emak membesarkan anak seramai lima orang di rumah atuk ketika tu, antara sifat emak yang anak-anak kena tahu, emak tak pernah membiarkan lampin atau baju anak-anak di bilik air atau tinggal di bilik air kerana bimbang atok akan membasuh najis atau baju anak-anaknya. Sejak dari peringatan tu, kami adik beradik ipar duai memang akan buang pampers anak masing-masing sebelum balik. PELAYAR "Semua tu sebab nak jaga jangan sampai orang tua bersusah payah basuh semua najis anak-anak kita sendiri. Ditakuti ada rasa sedih di hati orang tua tapi didiamkan. "Jika ini berlaku, kita akan berdosa. Oleh kerana zaman telah berubah, anak-anak juga harus cekap uruskan semua ni seperti ibumu. Tak kiralah sama ada di rumah mak ayah atau di rumah mentua," tulis bapanya lagi, sambil meminta maaf sekali lagi kerana menyuarakan teguran tersebut. Sebaik sahaja selesai membaca mesej tersebut, serta merta perasaan bersalah terus menggunung di dalam dirinya lantas pelayar tersebut segera menghubungi ibu di kampung untuk memohon maaf. Dalam pada seronok pulang ke kampung, namun tanpa sedar ada perbuatan anak-anak yang boleh membebankan ibu bapa. Gambar hiasan. "Memang sebelum-sebelum ni kadang-kadang bila dah cebok mandikan anak tu, pampers kami letak satu tempat untuk buang. Tapi kadang-kadang terlupa sampailah bila dah masuk kereta baru teringat nak buang. "Sejak dari peringatan tu, kami adik beradik ipar duai memang akan buang pampers anak masing-masing sebelum balik. "Rasa bersyukur sangat sebab ayah kuat untuk tegur dan bagi nasihat dalam hal ni. Kalau tak, kami tak sedar semua tu salah. Selama-lamanya berdosa," tulisnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!