suria

Persis gimnas! Benar saiz bukan penghalang... bekas pemimpin pelajar ada sebab tersendiri kerap kongsi video menari di TikTok - “Tak semua orang berbadan besar tak sihat”

Kata Alif, dia pernah menerima komen body shaming di media sosial.

SAIZ bukan penghalang!

Itulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan kisah seorang jejaka berbadan besar yang cukup meminati bidang tarian sejak dulu lagi.

Kini, Muhammad Alfi Arif, 30, aktif berkongsi pelbagai video tarian dengan aksi bersahaja menerusi aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru makin kacak lepas turun 65kg, masa gemuk berkali kerusi patah

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah merasa beli baju di mall, gadis malas bersenam terkejut berat badan susut 44kg... hanya pegang satu kata kunci!

Mesra disapa Alfi, pegawai perhubungan awam di sebuah agensi kerajaan itu mendedahkan dia mempunyai alasan tersendiri dalam penghasilan video-video itu.

"Yang pertama saya nak ubah mindset masyarakat bahawa orang berbadan besar tak boleh menari, pemalas, tak berbakat mahupun apa jua tanggapan negatif lain.

"Kedua, saya nak tunjuk work and life balance. Selain itu, saya juga ada anak saudara yang baru nak masuk umur lima tahun. Dia didiagnos dengan penyakit leukemia ketika umur tiga tahun.

Video yang dikongsi Alfi di TikTok.

"Dengan adanya TikTok, anak saudara pun ikut menari bila tengok saya menari. Jadi dia pun boleh exercise," ujarnya kepada mStar.

Menurut Alfi yang menetap di Subang Jaya, Selangor, dia aktif menari sejak di zaman sekolah lagi.

Namun katanya, minat itu seolah-olah terhenti seketika sewaktu dia melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang perniagaan beberapa tahun lalu.

Tak semua orang berbadan besar itu tak sihat.

ALFI

"Di sekolah dulu saya pernah terlibat dengan pasukan sorak. Saya juga banyak buat video tarian freestyle. Saya suka menari lagu Bollywood dan dangdut, yang banyak bergelek.

"Kemudian di universiti saya jadi ketua pelajar, mengetuai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), jadi kena kurangkan sikit.

Alfi bersama anak saudaranya yang menghidap leukemia.

"Kemudian saya mula aktif di TikTok dalam dua ke tiga tahun lepas. Sekadar buat video suka-suka bila berkelapangan," ujarnya.

Menurut anak kelima daripada enam beradik itu, dia juga pernah menerima komen body shaming di media sosial.

Alfi merupakan seorang pegawai perhubungan awam di sebuah agensi kerajaan.

Namun, dia yang sudah berbadan besar sejak kecil lagi mengakui tidak begitu terkesan dengan komen-komen sedemikian.

"Pegangan saya, hidup ini singkat. Jadi kita enjoy. Saya menari, saya yang puas hati. Ada je yang komen body shaming, tapi saya biasanya akan beri respon positif saja.

Dedah Alfi, dia minat menari sejak kecil lagi.

"Sekurang-kurangnya saya tak kacau hidup orang. Kecil hati juga sikit, tapi ia tak terbawa-bawa hingga memberi kesan.

"Saya dah main TikTok, jadi saya kena bersedia. Tapi banyak sebenarnya respon positif. Saya gembira mentaliti orang kita dah boleh terima orang berbadan besar.

"Tak semua orang berbadan besar itu tak sihat. Saya juga bersyukur diberi kesihatan yang baik," ujarnya lagi.

Terbaharu, Alfi turut berkongsi video memaparkan kebolehannya mengangkat sebelah kaki hingga ke bahagian kepalanya, persis seorang gimnas.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain