BAGAI nak luruh jantung wanita ini apabila dia terpandang satu kelibat putih sedang berdiri di atas bangunan. Menurut Nurashikin Ali, kejadian itu berlaku sewaktu dia dan suami, Mohd Amirul Asyraf Shamsul Bahari keluar untuk menjamu selera di sebuah restoran di Senawang, Negeri Sembilan pada Sabtu malam. Malah, dia juga sempat membuat rakaman kejadian itu sehingga ia tular dalam tempoh singkat di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Berani! Jam 1 pagi pelajar UiTM gesek biola lagu Pontianak Harum Sundal Malam, budak umur 6 tahun nampak kelibat sedang marah ARTIKEL BERKAITAN: Bagai nak luruh jantung... 3 remaja terserempak entiti seram pukul 1 pagi, salah seorang hampir demam terkejut - “Sampai ke tempat tu, dah tak ada” "Saya baru keluar kereta, tiba-tiba terpandang ada benda putih atas bangunan dua tingkat. "Masa tu dalam pukul 9 malam, kami keluar nak makan malam. Sangat terkejut bila tengok ada benda sedang memerhati dari atas. Shikin tak sangka video itu tular di TikTok. "Suami pun terkejut juga. jadi saya ambil keputusan untuk rakam video kejadian itu," ujarnya kepada mStar. Mesra disapa Shikin, dia bagaimanapun lega apabila menyedari kelibat itu merupakan gambar model berpakaian serba putih pada sebuah papan tanda kedai. Namun katanya, dia juga serba salah apabila kapsyen tidak jelas di TikTok turut menimbulkan kekeliruan netizen. Saya orang Sandakan, pernah nampak pocong di kampung sendiri. SHIKIN "Selepas seketika baru kami perasan ia merupakan gambar model pada signboard kedai di situ. "Gambar model perempuan pakai baju serba putih. Lega rasa hati. Pada masa sama rasa lucu. "Tapi rasa serba salah juga sebab ramai netizen fikir ia betul-betul hantu. Saya sekadar suka-suka kongsi. Shikin merupakan peniaga pisang cheese. "Tak sangka jadi viral. Ada juga netizen cakap yang mereka akan lari je, tak akan sempat untuk rakam kalau betul ia hantu," ujar Shikin berseloroh. Ujar Shikin lagi, sebagai anak jati Sandakan, Sabah, dia pernah melalui peristiwa mistik suatu masa lalu. "Saya orang Sandakan, pernah nampak pocong di kampung sendiri. Tapi ni kejadian dah lama, masa saya kecil. "Tapi masih ingat sampai hari ni. Sebab tu agak terkejut masa nampak kelibat putih pada signboard tu, masih trauma yang dulu. Antara komen netizen. "Tapi bila tahu ia signboard je saya jadi lega. Lega sangat sebab dah pernah lalui yang betul-betul dulu, memang takut," ujarnya. Bercerita mengenai dirinya, Shikin dan suami, masing-masing berusia 27 tahun mengusahakan gerai pisang cheese di belakang pasar raya Giant di Senawang sejak tiga tahun lalu. Ujarnya, dia yang menawarkan pelbagai perisa pisang cheese turut terkesan dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Namun katanya, keadaan kini beransur pulih dan dia berharap perniagaannya akan terus maju dan berkembang. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!