IBU bapa sanggup melakukan apa sahaja termasuk bergolok gadai demi memenuhi permintaan anak. Maka menjadi kewajiban untuk si anak pula untuk membahagiakan ibu bapa apabila sudah meningkat dewasa kelak. Begitulah kisahnya dengan remaja ini yang sanggup bekerja secara sambilan ketika masih belajar semata-mata untuk mengumpul pendapatannya bagi membeli hadiah buat ibu tersayang. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu menangis, anak kerja di warung, belajar setakat SPM hantar kejutan bunga duit selepas gigih menabung 2 tahun - “Ini yang saya mampu bagi mak” ARTIKEL BERKAITAN: Surprise sempena hari lahir... mesej anak sulung buat ibu bapa meruntun jiwa ramai - “Kalau boleh saya tak nak kahwin” Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang pelayar di Facebook sehingga mengundang pujian netizen yang kagum dengan sikap remaja berkenaan. "Seorang remaja lelaki yang baru habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) datang ke kedai emas milik rakan saya di Shah Alam. Kata remaja tersebut, 'Auntie, saya nak beli cincin saiz **. Duit saya ada RM500. Boleh tak auntie tolong pilih cincin yang sesuai?' "Adik nak beli cincin untuk siapa? Untuk girlfriend ke?' Tanya kawan saya. 'Bukan auntie. Saya nak beli cincin hadiah untuk mak saya sebab hari ni hari jadi mak'. Balas remaja itu bersemangat. Hati kawan saya mula tersentuh," kongsi pelayar berkenaan. Kisah yang dikongsikan pelayar ini benar-benar menyentuh hati netizen. Walaupun berasa terharu namun pada masa sama hatinya tertanya-tanya, pemilik kedai emas tersebut lantas bertanya remaja berkenaan bagaimana dia memperolehi wang dalam jumlah berkenaan. Bagaimanapun jawapan yang diberikan remaja tersebut nyata makin mengundang rasa sebak pemilik kedai emas itu. "Sambil-sambil sekolah saya ambil upah servis aircond. Duit upah itulah yang saya simpan untuk beli hadiah kat mak. Dah lama saya pasang niat nak hadiahkan emas kat mak. Sekarang baru cukup duit yang saya kumpul ni," demikian balas remaja itu jujur. Pemilik kedai emas kemudian mencadangkan remaja tersebut membeli sebentuk cincin yang berharga lebih separuh daripada wang yang dimiliknya manakala baki duit boleh disimpan untuk kegunaan lain. Ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi keperluan anak, maka menjadi tanggungjawab si anak untuk membalas kembali jasa orang tua mereka. Gambar hiasan Namun, jawapan kali kedua remaja tersebut sudah cukup untuk membuatkan air matanya bergenang. "Tak apa auntie. Saya nak guna semua duit ni untuk beli cincin mak. Saya nak beli yang elok. Saya nak gembirakan mak," demikian jawapan remaja tersebut. "Kata kawan saya, sampai setakat itu perbualan mereka air mata kawan saya itu sudah tidak mampu ditahan lagi. Puas dia sembunyikan rasa sebak itu tetapi akhirnya air mata kawan saya tumpah juga melihat keikhlasan anak ini demi ibunya. Sejuk perut ibu yang mengandung anak ni... bukan senang nak jumpa anak zaman sekarang macam ni. NETIZEN "Akhirnya, pada harga 'lebih-lebih kurang' kawan saya tunjukkan cincin daun keladi. Terus remaja tersebut bersetuju dan membayar harganya lalu pulang dengan senyuman yang lebar. "Allahu... saya yang mendengar kisah ini petang semalam turut terburai air mata. Berdoalah semoga Allah jadikan anak-anak kita juga sehebat remaja ini dalam memulia dan menggembirakan ibunya. Tahniah buat ibu dan anak ini. Sesungguhnya anak soleh yang luar biasa lahir daripada ibu yang hebat," demikian perkongsian pelayar tersebut. Sehingga kini posting itu meraih hampir 250 shares. Malah netizen turut sama melahirkan rasa terharu selain memuji betapa bertuahnya si ibu mempunyai anak lelaki seperti remaja tersebut. Netizen turut sama terharu dengan sikap remaja berkenaan yang pandai menghargai ibunya. "Sejuk perut ibu yang mengandungkan anak ini... semoga terus dimurahkan rezeki. "Semoga bertambah rezeki adik ini kerana melebihkan ibunya. "Sejuk perut ibu yang mengandung anak ni... bukan senang nak jumpa anak zaman sekarang macam ni," demikian antara komen netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!