DEMI ilmu, perjalanan jauh pun sanggup dilalui. Begitulah kisah seorang pelajar lelaki yang sanggup menunggang motosikal selama 10 jam dari Bintulu ke Politeknik Kuching, Sarawak pada Ahad. Kisah Hafiz Rusyaidi Mohamad Bekery, 21, turut dikongsi pihak institusi tempatnya belajar itu menerusi Instagram sehingga ia menjadi tular. ARTIKEL BERKAITAN: Internet slow ketika banjir, siswi kembar cari jalan ikuti kelas online di beranda... nak keluar rumah terpaksa dayung perahu dahulu ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan besar calon SPM, jenazah bapa dibawa ke sekolah untuk ditatap buat kali terakhir Bercakap kepada mStar, pelajar bidang Kejuruteraan Petrokimia (Proses) itu mengakui penat, namun tidak kisah dengan apa yang telah dilakukannya. "Saya kini berada di semester enam dan sudah menuntut ilmu di sini sejak tahun 2018. Pada hari kejadian, saya bertolak dari rumah pukul 4 pagi. Kisah Hafiz yang dikongsi di Instagram. "Sampai di Politeknik dalam pukul 4 petang. Ada berhenti juga seketika dalam perjalanan panjang tu. Saya juga terpaksa berdepan cabaran cuaca di sesetengah kawasan. "Biarpun hujan, saya tetap teruskan perjalanan. Sebab kalau nak tunggu pun, tak tahu bila akan berhenti," ujarnya. Dulu saya berulang dengan bas dan perjalanan mengambil masa 12 jam. HAFIZ Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, ini juga bukanlah kali pertama dia menempuh perjalanan selama 10 jam. "Ini bukanlah kali pertama saya naik motor sendirian dari rumah ke tempat belajar. "Tahun lepas pun dah pernah lalui perjalanan 10 jam macam ni. "Dulu saya berulang dengan bas dan perjalanan mengambil masa 12 jam," jelasnya. Hafiz merupakan penuntut bidang Kejuruteraan Petrokimia (Proses). Dedah Hafiz, bapanya, Mohamad Bekery Johari yang bekerja kampung dan ibunya, Azizah Abdullah @ Teo Chen Nee, yang juga seorang suri rumah turut risau akan dirinya yang menunggang motosikal pada jarak yang jauh. Namun kata Hafiz, dia menunggang secara berhati-hati dan sentiasa ingat akan pesanan kedua orang tuanya. "Pada awalnya dulu memang mereka risau. Tapi saya pun memang berhati-hati. Setiap kali berhenti, saya akan update lokasi saya kepada mereka. "Bila dah sampai ke tempat belajar, terus saya daftar kemasukan ke asrama dan terus tertidur pada waktu petang sehingga 9 malam. Memang penat," ujarnya. Ramai netizen di Instagram memuji kegigihan Hafiz mengharungi perjalanan jauh demi menimba ilmu. (Gambar Hiasan: IG politeknikkuchingsarawak) Dalam pada itu, Hafiz berkata dia tidak sangka pihak Politeknik akan berkongsi kisahnya di Instagram. Namun katanya, dia bersyukur dengan respons positif netizen yang banyak memberi kata-kata semangat kepadanya. "Saya nak ucap terima kasih kepada semua. Kepada netizen yang doakan saya, InsyaAllah saya akan belajar bersungguh-sungguh," ujarnya yang bercita-cita menjadi jurutera di syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!