TERPESONA! Itulah perkataan yang terlintas di minda tatkala melihat setiap gambar yang dikongsi oleh pemuda ini. Gambar-gambar yang kebanyakannya memaparkan aktiviti outdoor serta pemandangan dengan landskap yang menarik, tampak begitu sempurna pada mata yang memandang. Suntingan minimal dengan sedikit elemen nostalgia dipadankan pula dengan subjek menarik pada setiap gambar, begitu menyerlahkan lagi hasil bidikan pemuda ini. ARTIKEL BERKAITAN: Pembuat kek rakam detik tak dijangka di Perlis, terkejut jadi viral - “Paling rare... antara gambar terbaik pernah saya hasilkan” ARTIKEL BERKAITAN: Bertuah abang polis... Gambar pokok kelapa disiar di Instagram Apple, Terengganu kini di mata dunia! Siapa sangka, bidang fotografi yang pada awalnya sekadar hobi semata-mata kini bertukar menjadi kerjaya tetap. Menyingkap penglibatannya dalam dunia fotografi, pemuda bernama Muhammad Rafiq Farhan ini berkata dia pada asalnya tidak mempunyai latar belakang dalam bidang tersebut secara formal. Rafiq banyak mengenengahkan elemen landskap dan alam semula jadi. "Saya memang suka lakukan aktiviti outdoor seperti jungle trekking, berkhemah, berkayak, dan sebagainya. Dan selalu saya akan ambil gambar sebagai kenang-kenangan ketika beraktiviti. "Saya selalu muat naik di media sosial serta laman-laman lain. Daripada gambar-gambar yang dikongsi inilah, ada syarikat yang approach dan di situlah bermulanya karier saya," kata pemuda berusia 25 tahun ini. Selama empat tahun berkecimpung dalam bidang fotografi iaitu sejak masih bergelar penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam, Muhammad Rafiq sudah berkolaborasi dengan pelbagai syarikat sama ada dari dalam mahupun luar negara. Kerjaya Rafiq seiring dengan hobinya yang gemar melakukan aktiviti outdoor. "Contoh klien saya adalah syarikat pengeluaran barangan elektronik, syarikat yang keluarkan barangan untuk aktviti outdoor dan sebagainya. Kebanyakan klien ini memerlukan saya shoot landscape dan outdoor... sesuatu yang merupakan 'jiwa' saya," katanya yang berasal dari Temerloh, Pahang. Bercerita lebih lanjut, Muhammad Rafiq yang merupakan seorang jurufoto bebas berkata kebanyakan hasil karyanya terinspirasi daripada gaya jurufoto luar negara. "Saya buat suntingan berdasarkan apa yang saya nampak. Dan gambar-gambar tersebut saya cuba buat ia nampak ada unsur nostalgia. Saya suka apabila orang tengok, mereka turut rasa happy dan mengimbau kenangan. Jika ditanya mengenai lokasi yang menjadi idaman untuk melakukan penggambaran, sudah semestinya Iceland dan Montana, Amerika Syarikat. MUHAMMAD RAFIQ FARHAN JURUFOTO BEBAS "Komen-komen seperti itu yang diterima memang menaikkan motivasi dan membakar semangat saya. "Saya banyak buat rujukan selain belajar sendiri. Saya bersyukur apabila sampai ke tahap sekarang... kerjasama dengan pelbagai syarikat ini menjadi satu penanda aras untuk terus maju dalam dalam bidang ini," katanya yang baru menamatkan pengajian dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL). Salah satu hasil bidikan Rafiq. Menurut Muhammad Rafiq, dia lebih gemar menjalankan penggambaran dalam Malaysia kerana lebih mengenali landskap tanah air sendiri, namun tidak menolak peluang untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa. "Impian saya, nak travel ke seluruh dunia dan dapat bekerjasama dengan klien antarabangsa. Jika ditanya mengenai lokasi yang menjadi idaman untuk melakukan penggambaran, sudah semestinya Iceland dan Montana, Amerika Syarikat. Rafiq merupakan seorang graduan dalam jurusan TESL namun berbakat besar dalam bidang fotografi. "Bagi yang mahu berkecimpung dalam bidang fotografi, apa yang saya boleh kongsikan, pilihlah apa yang kita suka. Kalau suka kereta, shoot kereta.. kalau suka candid atau event, pilihlah cabang wedding photography. "Sebab bila kita shoot apa yang kita minat, memang fun dan tak ada tekanan," katanya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!