suria

Sahabat 22 tahun kini sah jadi isteri, pengantin lelaki mengaku ‘gabra’ dan teramat malu... siap minta maaf sebab pegang tangan isteri

Gelagat lucu Fizi ketika malu-malu menyarungkan cincin dan mengucup dahi isterinya membuatkan netizen terhibur.

KAWAN sampai kahwin!

Itulah kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan hubungan pasangan ini yang akhirnya disatukan di jenjang pelamin selepas 22 tahun menjalin ikatan persahabatan.

Sungguhpun mengenali hati budi dan 'masak' dengan perangai masing-masing apatah lagi sudah lama bergelar sahabat, namun siapa sangka dalam pada bersikap gila-gila, rupa-rupanya tersembunyi sifat pemalu dalam diri si jejaka.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami suka sangat menari setiap kali balik kerja, rupa-rupanya isteri ada ‘agenda’ lain rajin rakam video - “Saya saja buat kelakar...”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri terharu tapi musykil suami buat kejutan sebelum keluar rumah, tulis nota di kotak ubat nyamuk! Lebih pelik 2 kali beri duit belanja

Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok memperlihatkan pengantin lelaki tersipu-sipu malu dan serba tak kena apabila tiba saat dia diminta mengucup dahi teman baik yang sudah sah bergelar isterinya.

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 300,000 tontonan dengan rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pasangan mempelai.



Majlis persandingan di sebelah pengantin perempuan pada 26 Mac lalu.

Tidak menyangka video ketika majlis pernikahannya yang berlangsung pada 25 Mac lalu tular di media sosial, Mohd Hafizziharris Ahmad Sajali berkata sejujurnya dia terkejut apabila mengetahui perkara berkenaan memandangkan ia dimuat naik oleh sepupunya.

Senang disapa sebagai Fizi, pemuda ini berkata insiden lucu itu berlaku ketika dia selesai menyarungkan cincin dan menyerahkan mas kahwin kepada isterinya, Amalina Diyanah Abdul Jalil.

"Pada awalnya kami menikah di pejabat kadi dan selesai semuanya, baru pulang ke rumah pengantin perempuan untuk acara sarung cincin, serah mas kahwin, bergambar dan sebagainya.



Pasangan mempelai bergambar bersama keluarga sebelah pihak lelaki.

"Masa sarung cincin pun dah serba tak kena sebab kita tak pernah bersentuhan. Itu yang terkeluar perkataan 'sorry ye' masa pegang tangan isteri.

"Lepas tu serah mas kahwin... saya ingat dah selesai tapi ahli keluarga dan saudara mara kata 'ciumlah dahi, baca doa sikit'. Saya dah serba tak kena dan gelagat masa tu spontan habis sebab tak expect," kata pemuda berusia 29 tahun yang berasal dari Kampung Tanjung Selabu, Bukit Pasir, Johor.

Berkongsi kisah persahabatan akrabnya bersama isteri, Fizi berkata mereka sememangnya mengenali antara satu sama lain sejak darjah satu kerana ditempatkan di kelas dan sekolah yang sama.



Keluarga di sebelah pengantin perempuan.

"Hubungan makin rapat masa tingkatan lima sehinggalah melanjutkan pengajian dan bekerja. Dialah kawan pergi jalan-jalan, pergi travel. Cerita macam mana kami ambil keputusan nak kahwin ni, sebenarnya agak spontan.

"Saya dan isteri ada geng BFF, kami seramai lima orang pergi trip ke Pahang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas. Entah macam mana, terkeluar topik jodoh. Saya pun kata 'kau kawin dengan aku jelah'.

Bila keluarga pun OK, baru kami declare dekat BFF yang lain. Mereka memang terkejut sebab tak sangka nak kahwin betul-betul.

MOHD HAFIZZIHARRIS AHMAD SAJALI

PENGANTIN LELAKI

"Isteri pun masa tu layankan. So kami teruskan hubungan dan bincang dengan keluarga masing-masing tak lama selepas itu. Bila keluarga pun OK, baru kami declare dekat BFF yang lain. Mereka memang terkejut sebab tak sangka nak kahwin betul-betul," cerita Fizi yang kini bertugas sebagai pembantu pegawai perubatan di sebuah Klinik Kesihatan di Seremban, Negeri Sembilan.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu sebelum disatukan pada 25 Mac baru-baru ini.

Bercerita lebih lanjut, Fizi berkata dia sama sekali tidak menyangka jodohnya hanya di depan mata, malah bersyukur dipertemukan dengan teman baik sendiri.



Fizi (kiri) dan isterinya, Amalina (kanan, depan) bersama rakan baik mereka.

"Bagi anda dekat luar sana tu yang mungkin jatuh hati dengan BFF sendiri, apa kata beranikan diri mencuba. Saya pun tak sangka jodoh rupa-rupanya depan mata. Yang penting restu keluarga.

"Terima kasih pada mereka yang mendoakan kami. Apa pun saya minta maaf kalau tingkah laku saya secara spontan dalam video tu tak sedap memandang. Tak ada niat dan tak dapat fikir apa pun... hanya teramat malu masa tu," katanya lagi.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain