suria

Terjun lumpur, redah laluan berliku... Over size bukan masalah, ibu 2 anak ‘lepas geram’ buktikan cubaan sulung handle ATV memang berbaloi!

Fatin turut menitipkan pesan buat individu berbadan besar sepertinya agar tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baharu.

MINAT mengatasi segalanya.

Biarpun memiliki berat badan lebih 150 kilogram (kg), Nurul Fatin Natasha Ismail, 27, membuktikan dia juga boleh menyertai aktiviti sukan ekstrem.

Terbaharu, tular video memaparkan ibu kepada dua cahaya mata itu sedang menunggang kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV).

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah merasa beli baju di mall, gadis malas bersenam terkejut berat badan susut 44kg... hanya pegang satu kata kunci!

ARTIKEL BERKAITAN: Guru makin kacak lepas turun 65kg, masa gemuk berkali kerusi patah

Mesra disapa Fatin, dia ketika dihubungi mStar mendedahkan video tular itu dirakam di sebuah pusat rekreasi di Kelantan pada Isnin lalu.

"Itu merupakan kali pertama saya cuba ATV. Apa yang penting pada waktu itu, saya ada perasaan nak cuba. Boleh atau tak boleh, itu lain cerita.

"Kami pergi dengan keluarga dan saudara-mara, dalam 20 orang. Sebelum ni saya pernah tengok video, memang rasa takut. Tapi bila dah cuba, saya rasa dapat lepas geram.

Fatin menyertai aktiviti ini bersama keluarganya pada Isnin lalu.

"Saya rasa sangat gembira dapat lawan rasa takut. Memang berbaloi untuk cuba aktiviti itu," ujarnya lagi.

Menurut Fatin yang bekerja di kedai makan milik ibunya di Bachok, dia meluangkan masa sekitar sejam melakukan aktiviti itu.

Laluan yang mencabar berjaya ditempuhinya dan video aktiviti itu yang dikongsi di TikTok turut meraih lebih 200,000 tontonan.

Fatin teruja melakukan aktiviti itu pada Isnin lalu.

Kata Fatin, dia juga bersyukur dengan komen-komen netizen yang memberikan sokongan padu buat dirinya.

"Saya pandu ATV sendiri, manakala sepupu membonceng di belakang. Laluan agak mencabar, ada turun naik bukit serta laluan berbatu.

Tiada komen yang kecam saya. Semua bagi kata-kata sokongan.

FATIN

"Rasa macam nak jatuh, tapi Alhamdulillah semuanya OK. Dengan laluan berlumpur, memang berbaloi. Tak jangka pula akan viral, adik yang kongsikan video di TikTok.

"Awalnya saya kata jangan kongsi video itu. Saya malu sebab berbadan besar. Tapi adik yakinkan saya. Syukurlah semua komen positif.

"Tiada komen yang kecam saya. Semua bagi kata-kata sokongan," ujarnya lagi.

Kata Fatin, saiz tidak menjadi penghalang untuk dia mencuba aktiviti itu.

Dalam pada itu, Fatin turut menitipkan pesan buat individu berbadan besar sepertinya agar tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Apa yang penting katanya, perlu ada sikap berani dan abaikan segala kata-kata negatif orang.

"Saya memang berbadan besar sejak kecil lagi. Zaman sekolah dulu, ada yang ejek, tapi saya abaikan. Sebab saya fikir, tuhan jadikan saya begini. Takdir saya begini.

Aksi Fatin mencuba ATV meraih lebih 200,000 tontonan di aplikasi TikTok.

"Saya memang dari dulu cuba untuk diet, tapi tak berkesan... tiada perubahan. Bagi saya, sesiapa yang berbadan seperti saya, tak perlu takut.

"Apa-apapun, terima kasih kepada netizen yang berikan sokongan dan kata-kata semangat," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain