suria

Bergelar anak yatim sejak usia 14 hari, kini patah 2 kaki pula... lelaki ini terharu dikurniakan sahabat sanggup dukung, bancuh susu sebelum tidur

Fikri bersyukur dikurniakan sahabat yang cukup baik dan sanggup melakukan apa sahaja untuknya.

MALANG nasib jejaka dari Kelantan ini apabila kedua-dua kakinya patah akibat terjatuh ketika membaiki atap kediaman keluarga pada 25 Januari lalu.

Menurut Khairi Fikri Kamaruzaman, 24, dia kemudian menjalani pembedahan pada 25 Februari dan kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan harian.

Dalam duka yang melanda, dia yang mesra disapa Fikri menzahirkan rasa syukur apabila dikelilingi sahabat yang sangat baik dan sanggup melakukan apa sahaja untuknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto kru kabin dukung bayi viral ketika ramai singkap memori bersama MAS, anak dedah sisi penyayang bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang 3 sahabat serentak, wanita ini kongsi apa berlaku di grup WhatsApp sehari sebelum kejadian

"Saya jatuh ketika mahu tukar atap yang bocor. Keluarga minta saya tolong tukar. Perasaan sangat sedih sebab dah biasa berjalan dengan kaki, sekarang kena pakai kerusi roda.

"Dalam tempoh awal sakit, saya rasa tekanan. Macam-macam bermain di fikiran. Mujur ada sahabat saya, sanggup dukung dan usung saya untuk keluar jalan-jalan.

"Dia bawa saya ke pantai, pergi makan-makan dan menghadiri kenduri. Sebelum ini saya rasa down sebab terperap lama dalam bilik.

Perkongsian Fikri di Instagram.

"Alhamdulillah, sekarang saya sudah rasa lega dan tenang sikit," ujarnya kepada mStar.

Jelas Fikri, dia dan sahabatnya yang dikenali sebagai Amin Baihaqi itu sudah mengenali antara satu sama lain sejak lima tahun lalu.

Selain Amin Baihaqi, Fikri turut menzahirkan rasa syukur atas kehadiran seorang lagi sahabatnya, Mohd Aidil Kamarudin yang banyak membantu dalam tempoh sukar itu.

Saya bersyukur dan reda. Allah uji saya begini, tapi Allah atur jalan yang cukup baik.

FIKRI

"Ada seorang lagi kawan saya ni, balik kerja dia akan datang ke rumah saya. Dia tidur di rumah saya. Malam sebelum tidur dia akan buat susu. Esok sebelum pergi kerja dia kejutkan saya bangun solat Subuh.

"Saya terharu bila ada orang korban masa untuk jaga saya. Saya kongsi video di Instagram sebab nak tunjuk rasa terima kasih.

Fikri menerima kunjungan rakan-rakan ketika dirawat baru-baru ini.

"Tak terbalas jasa budi mereka. Hanya Allah yang mengerti. Dalam 1,000 kawan, tak semuanya boleh digelar sahabat.

"Saya bersyukur dan reda. Allah uji saya begini, tapi Allah atur jalan yang cukup baik. Saya dikurniakan sahabat yang banyak memberi sokongan," ujarnya lagi.

Mohd Aidil Kamarudin banyak membantu rakannya sepanjang tempoh sukar itu.

Bercerita mengenai dirinya, Fikri mendedahkan dia sudah bergelar anak yatim ketika berusia 14 hari dan kini tinggal bersama ibu dan neneknya.

"Saya menetap dengan keluarga, tapi saya anak yatim. Ayah sudah tiada. Saya hanya ada dua beradik dan kakak kini bekerja di Kuala Lumpur.

Fikri (kiri) dibawa berjalan-jalan ke pantai oleh Amin Baihaqi (kanan).

"Umi dah umur 59 tahun dan bekerja sebagai kerani. Nenek pula dah umur 83 tahun. Sementara waktu ni saya kena tutup kedai runcit saya sebab tiada orang nak uruskan.

"Harapan saya agar dapat sembuh segera. Dah terfikir, macam mana saya nak raya tahun ni. Bukan tak terima takdir, tapi sekadar fikir nasib diri," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain