suria

Pegang pen macam pelukis profesional, budak 4 tahun mampu lukis kartun dilihatnya walau hanya sekali pandang

Pierre melukis di atas magnetic drawing board sejak berusia dua tahun.

“TENGOK cara dia pegang pen pun dah tahu tangan berseni, smooth je lukis,” demikian salah satu komen terhadap video TikTok yang dikongsikan oleh seorang ibu, Prisca James, 30.

Netizen begitu kagum melihat bakat anak kepada wanita tersebut, Pierre Riennier, empat tahun, melukis kartun kegemarannya seperti seorang pelukis profesional.

Video tersebut meraih hampir 330,000 tontonan di aplikasi berkenaan dan dibanjiri dengan pujian di ruangan komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa turuti kehendak anak OKU nak berhenti sekolah sebab tak tahan dibuli, kini karya lukisan dapat penghargaan kerabat Diraja Kedah - “Dia ada pendapatan sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN:Penangan TikTok, pelukis tak menang tangan dapat tempahan... siapa sangka hobi conteng buku sekolah jadi kerjaya - "Dulu banyak menari je, pernah uninstall"

“Saya terpegun dengan kebolehan anak yang sudah boleh melukis pada usia yang sangat muda.

“Tak sangka pula video itu tular sehingga mendapat perhatian orang dari luar negara,” katanya yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata.



Video kanak-kanak ini melukis berjaya meraih perhatian ramai.

Lebih mesra disapa Prisca, dia mula sedar kebolehan anaknya itu ketika Pierre berusia dua tahun.

Pada waktu itu anaknya sedang melukis di papan lukisan magnetik yang masih lagi digunakan sehingga kini.

Jika dilihat dengan teliti, cara Pierre memegang pen ketika dia melukis di dalam video itu sangat unik.

“Di atas kertas dia belum boleh lagi melukis dengan jelas.

“Sekarang memang sudah dihantar ke sekolah,” katanya yang menetap di Papar, Sabah.

Pierre belajar melukis daripada ayahnya dan juga adik ipar saya, mereka berdua pandai melukis anime.

PRISCA JAMES

JURURAWAT

Kanak-kanak itu mampu melukis dengan begitu pantas tanpa memerlukan sebarang gambar contoh di hadapannya sebagai rujukan.

Kita yang dewasa ini lukis garisan yang lurus pun belum tentu sempurna, apa lagi kalau cuba nak melukis menggunakan imaginasi sendiri.



Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata yang sangat comel.

Rupa-rupanya Pierre mewarisi bakat tersebut dari bapanya sendiri iaitu Royd Pasda Daniel, 32.

“Pierre belajar melukis daripada ayahnya dan juga adik ipar saya, mereka berdua pandai melukis anime.

“Buat masa ni anak saya suka melukis planet, bangunan dan sistem badan manusia,” katanya yang bekerja sebagai seorang jururawat.

Prisca mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada tahun 2016 dan pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata iatitu dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain