BUKAN senang untuk memasak tomyam yang padu seperti yang dijual di restoran. Biasanya kalau hasil air tangan sendiri, bagaikan ada yang 'kurang'.Namun ia tidak menjadi masalah lagi kerana ada tukang masak yang sudi berkongsi resepi masakan negara jiran di utara tanah air itu.Video yang dimuat naik Ridwan Ramlee, menerima tontotan mencecah 6.7 juta di aplikasi TikTok di mana dia berkongsi resepi dan cara memasak tomyam. ARTIKEL BERKAITAN: Ujian PKP 2.0 lebih dahsyat, pengantin baru terpaksa redah panas jual burger naik motor - “Buka kedai berjam-jam, pelanggan tak sampai lima orang” ARTIKEL BERKAITAN: Gordon Ramsay bakal buka restoran di Malaysia, peminat mahukan menu ‘Idiot Sandwich’ Rupa-rupanya ada kisah di sebalik video tular yang dihasilkan lelaki berusia 33 tahun itu.“Waktu tu tengah PKP, ada akak ni dia komen minta kongsi resepi tomyam sebab tak boleh keluar untuk beli di kedai. “Saya rasa kesian apabila baca komen itu jadi saya pun reply dengan video,” katanya yang berasal dari Pengkalan Hulu, Perak ketika dihubungi mStar. Dia mula menunjukkan minat memasak sejak berusia 15 tahun lagi. Namun begitu, dia yang mesra disapa Ridwan itu tidak menyangka video tersebut akan mendapat perhatian kerana niatnya hanya untuk menolong wanita itu sahaja. Selepas kejadian itu, ramai orang yang meminta pelbagai resepi masakan di ruangan komen di akaunnya. “Masa video tu viral saya rasa gembira sampai tak lalu nak makan, tidur pun tak lena kerana terlalu terkejut. “Lepas tu saya rasa bersemangat nak buat video kongsi resepi masakan,” katanya yang minat memasak sejak berusia 15 tahun. Ramai pelanggan yang datang ke kedai kerana melihat video saya di TikTok, yang dari KL pun ada. RIDWAN RAMLEE CEF Selaku cef di restoran miliknya yang terletak di Bandar Putra 2, Klang, Selangor, katanya masakan yang selalu menjadi pilihan orang ramai ialah ikan siakap masak stim limau. “Ramai pelanggan yang datang ke kedai kerana melihat video saya di TikTok, yang dari KL pun ada. “Mereka beritahu isteri saya, jadi saya pun keluar la sekejap dari dapur untuk mengucapkan terima kasih kerana sanggup datang menyinggah,” katanya. Pasangan suami isteri ini mengendalikan restoran mereka bersama. Ridwan dan isterinya Sareefah Daraman, 30, berganding bahu mengendalikan restoran tersebut dan dibantu oleh tujuh kakitangan yang lain.Dia juga berhasrat untuk menggunakan khidmat penghantar makanan pada masa akan datang bagi mereka yang ingin menikmati masakan Thai hasil air tangannya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)