suria

Fesyen ke ofis jadi rujukan, video catwalk raih jutaan tontonan! Ibu 3 anak gembira beri inspirasi, tapi enggan jawab ‘soalan paling ramai orang tanya’

Nani gembira dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mula berfesyen.

VIDEO-video memaparkan wanita ini sedang 'catwalk' dengan seleksi fesyen menarik setiap kali dia ke pejabat ternyata mencuri perhatian ramai.

Gaya 'effortless' yang dipaparkan oleh Noraini Ibrahim, 42, membolehkan dia meraih lebih 120,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Bercerita kepada mStar, ibu kepada tiga cahaya mata yang berkhidmat di sebuah syarikat swasta di Cyberjaya itu mengakui dia sememangnya suka berfesyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang jahit cun jahit baju sendiri sejak Form 3... tradisional, moden, busana pengantin semua boleh - “Saya ada gaya tersendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Kru kabin akur sesi photoshoot ‘dicaras’, ada model lebih comel ambil alih studio - “Set tu macam dia punya”

"Saya sudah ada tiga anak. Anak pertama pun dah berusia 18 tahun. Itu yang membuatkan sesetengah orang kagum, tapi saya tetap rasa biasa sahaja.

"Gaya saya memang macam tu dari zaman awal bekerja. Rakan-rakan sekerja pun tahu saya suka bergaya sebegitu.

"Sekitar dua tahun lepas saya bermula di Instagram, untuk rujukan kawan-kawan kerana mereka suka tanya inspirasi fesyen sehingga munculnya hashtag #nanilookbook.

Sebelum TikTok, Nani banyak berkongsi mengenai fesyen di Instagram.

"Di TikTok masih baru sangat. Saya suka sebab boleh masukkan lagu. Tak sangka akan pula jadi 'boom' macam ni," ujarnya.

Mesra disapa Nani, dia bersyukur apabila video dihasilkan dapat memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk tampil lebih bergaya.

Malah katanya, jenama atau harga pakaian tidak menjadi ukuran, sebaliknya ia bergantung kepada si pemakai itu sendiri.

Saya selalu kongsi amalan seperti joging. Saya juga amalkan vitamin C. Yang penting kita kena sentiasa positif.

NANI

"Pertama sekali, syukur Alhamdulillah sebab dapat bagi manfaat kepada orang di luar sana. Saya nak bagi perkara positif buat semua orang.

"Saya gembira dapat beri inspirasi kepada mereka untuk mula berfesyen. Ada juga netizen tinggalkan komen, mereka kata tak berani dan tiada idea nak berfesyen.

"Gaya saya pula, not too much, not too plain. Tak over sangat, tak kurang sangat. Tak semestinya baju mahal. Yang penting kena tahu mix and match dan ada keyakinan diri," ujarnya yang mendedahkan memiliki tiga buah almari koleksi pakaian.

Menurut Nani, dia juga berterima kasih kepada beberapa individu yang sudi merakam video fesyennya setiap kali dia ke pejabat.

Berusia 42 tahun, Nani merupakan ibu kepada tiga cahaya mata.

Ujarnya, video itu dirakam dalam masa singkat sahaja sebelum dia memulakan tugas.

"Itu soalan paling banyak orang tanya, mengenai siapa yang rakam video. Buat masa ini, biarlah ia kekal misteri.

"Saya tak nak dedahkan, tapi ada dalam dua ke tiga orang. Ia bukan semata-mata mengenai saya, tapi mereka yang membuatkan video itu cantik," ujarnya.

Dalam pada itu, Nani berkata dia tidak terlepas menerima soalan mengenai petua kecantikan memandangkan masih kelihatan anggun dan muda pada usia 40-an.

Nani memiliki lebih 120,000 pengikut di TikTok.

"Saya nak cakap awet muda pun rasa malu. Diri kita yang nyata dengan dalam video tak sama. Ia dibantu dengan kamera dan pencahayaan... saya tak adalah muda sangat.

"Saya selalu kongsi amalan seperti joging. Saya juga amalkan makan vitamin C. Yang penting kita kena sentiasa positif.

"Saya cuba elakkan benda negatif," ujarnya yang menetap di Puchong, Selangor.

Tambah Nani, salah satu video yang dikongsi olehnya di TikTok pernah meraih sehingga 2.5 juta tontonan sebelum ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain