NAMA personaliti masakan popular, Khairulaming sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Pada Isnin, dia mengumumkan buah tangan terbaharunya, '30 Hari 30 Resipi' yang mana dia berkongsi 30 video masakan menerusi media sosialnya sepanjang bulan Ramadan ini. "Bangun pagi gosok gigi, sambil termenung merebus ketupat. 30 Hari 30 Resipi kembali lagi, selamat datang ke tahun ke-empat. ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sangka pengikut IG naik lebih 100,000 gara-gara video 'suka-suka' ARTIKEL BERKAITAN: “Biasanya pagi esok mesti abah call untuk wish” - Tepat jam 12.01 pagi, Khairulaming rindu panggilan telefon daripada bapa "Resepi baharu setiap hari sepanjang Ramadan. Jumpa anda esok," tulisnya di Instagram. Dalam posting sama, Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman turut berkongsi video pendek yang meraih lebih 300,000 tontonan dalam tempoh dua jam ia dimuat naik. Video itu memaparkan visual Khairulaming yang segak memamai baju Melayu sedang bermain bunga api di halaman rumah dihiasi pelita. Aksi Khairulaming bermain bunga api menerusi video yang dikongsi pada Isnin. Dalam video sama, dia turut berkongsi beberapa juadah menarik termasuklah produk sambal keluarannya sendiri. Paling mencuri tumpuan tentunya babak yang memaparkan seekor ikan sedang dimasak dalam ketuhar bersama bunga api. Penyanyi popular, Anuar Zain turut meninggalkan komen buat Khairulaming menerusi posting itu. 30 Hari 30 Resipi kembali lagi, selamat datang ke tahun ke-empat. KHAIRUL AMING "Wow! Hebat! Kebakaran merata-rata. All the best and success always bro," tulisnya, merujuk kepada pelita dan bunga api yang banyak digunakan dalam video pendek tersebut. Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan semua video oleh jejaka berusia 29 tahun itu. Khairulaming memiliki 2.8 juta pengikut di Instagram. Selain umat Islam, seorang pelayar Instagram bukan Islam turut menzahirkan rasa terujanya di ruangan komen. "Walaupun saya bukan Islam, tapi setiap kali Ramadan, saya teruja nak tonton semua resipi Ramadan awak," tulis Rajasulochana_Rosalind. Video ikan yang dimasak dalam ketuhar bersama bunga api turut mencuri perhatian ramai. Malah, netizen turut memuji penghasilan video teaser '30 Hari 30 Resipi' Khairulaming yang disifatkan cukup berkualiti, persis trailer filem sebenar. "Dari video ini dapat kita lihat puasa dan raya patut kita sambut dengan meriah walaupun kita berada dalam suasana penyakit Covid-19 dan agak menyedihkan ada yang tak dapat balik ke kampung bertemu ibu bapa yang sudah lama tidak berjumpa. "Aku rasa macam tengok trailer movie. Power gila. "Video Khairulaming tak pernah tak gempak tau," tulis netizen.Untuk rekod, Khairulaming mempunyai 2.8 juta pengikut di Instagram dan 634,000 pengikut di Twitter. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)