APA sahaja sanggup dilakukan demi membantu insan yang berada dalam kesusahan. Begitulah kisah Muhamad Khadir Abd Jalil, 25, yang kini dalam perancangan untuk menyediakan khidmat bot percuma sebagai buat penduduk di Pulau Simagun, Sandakan, Sabah. Pemuda itu sebelum ini pernah mendapat liputan mStar yang mana dia menyediakan khidmat kereta percuma untuk mereka yang mahu ke hospital di sekitar negeri itu.ARTIKEL BERKAITAN: Bawa calon UPSR makan KFC, lelaki ini tersentak dengar alasannya tak selera makan ayam, “Saya terus pakai spek hitam...” ARTIKEL BERKAITAN:“Pandanglah Sabah dengan mata hati” - Tak sanggup lihat bayi merana tiada susu, lelaki ini beri gambaran penderitaan di tempatnya... rayu bantuan semenanjung Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Marhaen Sandakan itu juga pernah menyalurkan bantuan kepada keluarga miskin yang terjejas akibat pandemik di Sandakan. “InsyaAllah, kami dalam perancangan untuk mewujudkan perkhidmatan bot percuma ke sekolah kerana ada penduduk yang sampai tidak menghantar anak ke sekolah disebabkan tiada wang untuk membeli minyak enjin.” “Bila dah macam tu, anak mereka terpaksalah menumpang bot orang lain untuk ke sekolah. Kos minyak untuk perjalanan pergi dan balik ke sekolah sahaja sudah memakan 10 liter,” katanya kepada mStar. Wan bercadang mewujudkan perkhidmatan bot percuma untuk penduduk Pulau Simagun. Mesra disapa Wan, katanya, dia telah berbincang dengan penduduk pulau untuk mewujudkan perkhidmatan itu dengan menyediakan enjin dan minyak secara bulanan, manakala penduduk pulau pula akan bekerjasama membina sebuah bot. Mereka juga turut bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan bot itu sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak disalahgunakan. “Kami juga akan maklumkan kepada pihak berkuasa tentang perkhidmatan ini agar mereka dapat memantau penggunaan bot tersebut dan keselamatan penumpang terjamin. “Buat masa ini kami belum putuskan lagi siapa yang akan membawa bot tersebut kerana perkara ini baru sahaja dicadangkan,” katanya sambil menambah bot ini juga akan digunakan untuk membawa pesakit ke hospital. Kami merancang untuk mengedar makanan kepada gelandangan memandangkan ada restoran dan individu yang bermurah hati untuk kongsi rezeki mereka. Muhamad Khadir Abd Jalil Pulau tersebut mempunyai 48 orang penduduk dan dianggarkan 20 orang daripadanya adalah pelajar sekolah rendah. Penduduk di Pulau Simagun hidup dengan bergantung pada pendapatan mereka sebagai nelayan kecil dengan hasil tangkapan ikan yang hanya mencecah tiga hingga empat kilogram sehari. Bercerita lebih lanjut, Wan berkata pihaknya juga ada melakukan beberapa aktiviti lain sepanjang Ramadan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Dana yang diterima daripada orang ramai akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Sandakan dan juga kawasan pedalaman yang lain. Aktiviti yang pernah dilakukan oleh Wan bersama-sama dengan persatuan tersebut. “Kami merancang untuk mengedar makanan kepada gelandangan memandangkan ada restoran dan individu yang bermurah hati untuk kongsi rezeki mereka. “Selain itu kita juga akan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada frontliner dan aktiviti gotong-royong bersama pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah As-salam,” jelasnya. Pemuda itu juga berhasrat untuk mengumpulkan 1,000 ekor ayam untuk diberi percuma kepada fakir miskin di Sandakan dengan dana yang berjaya dikumpulkan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!