BAGI mereka yang gemar makan angin atau merehatkan minda, sudah pasti hotel menjadi lokasi pilihan untuk menginap. Selain gemarkan kemudahan, layanan serta makanan yang disediakan, dekorasi hotel juga menjadi faktor untuk menarik minat para pelancong. Begitu juga kisah wanita ini yang gemar menginap di hotel setiap kali makan angin bersama anak-anaknya, sehinggalah berlaku satu peristiwa hitam yang menjadikan dirinya trauma sehingga kini. ARTIKEL BERKAITAN: “Baru nak lelap mata, tiba-tiba ada ‘makhluk’ halus merayap...” - Pengalaman ngeri menginap di Melaka, sampai ada yang cadang bakar hotel ARTIKEL BERKAITAN: Elak jadi tetamu tak diundang! Lelaki kongsi 7 petua nak check in hotel selepas insiden rakan diusir ‘benda’ main pintu "Dulu aku suka sangat menginap di hotel sebab hiasan hotel kan cantik dan nampak eksklusif. Lepas tu dapat gift sabun dan syampu, aku ambil sebagai tanda kenangan yang aku pernah datang hotel itu. Memang aku seronok pergi hotel. "Tapi segalanya menjadi trauma pada akhir tahun 2019. Masa itu aku menginap di sebuah hotel di negeri L. Kami menginap tiga hari dua malam. "Cantik hotel ini, tambahan pula masa itu bulan Disember dan jatuh pada Hari Krismas. Dekorasi hotel itu pun ikut tema Krismas... memang cantik. Tapi segalanya berubah pada pagi hari terakhir aku nak check out," kongsinya menerusi laman IIUM Confession. Menurut wanita tersebut, pagi itu dia berada di bilik kerana sedang mengemas pakaian sebelum bertolak pulang, manakala suaminya keluar sebentar. Wanita tersebut berdebar apabila diberitahu oleh suaminya mengenai satu kes bunuh diri yang berlaku di hotel tempat mereka menginap. Gambar hiasan "Aku dapat call pagi itu dari suami aku. Dia call bagi tahu jangan keluar dari bilik. Aku pun tanya kenapa pula, dia cakap ada orang bunuh diri. Dan mayat masih ada di situ. "Start dari situlah, aku rasa tak sabar nak keluar dari hotel itu. Dada aku laju dan rasa sempit sangat. Aku suruh anak aku bangun, aku kemas-kemas dan tak sabar tunggu suami aku balik. "Bila suami aku balik, dia ceritalah yang ada orang terjun dari bangunan hotel dan bilik orang yang bunuh diri tu selang sebelah dari bilik kami. Bayangkanlah perasaan aku," ceritanya lagi. Selesai mengemas, wanita ini dan keluarga kecilnya meninggalkan bilik mereka namun dia tidak dapat menahan matanya daripada melihat bilik individu yang dikatakan bunuh diri itu. Masa nak pergi parking, aku ternampaklah mayat yang di tutup dengan cadar putih hotel. Aku nampak segalanya sampai polis bersihkan darah di atas jalan. PENGUNJUNG HOTEL "Mata aku tertengok bilik sebelah, aku nampak kerusi yang digunakan untuk terjun dan nota kat kerusi tu. "Masa tu polis belum sampai lagi. Cuma ada pekerja hotel yang jaga bilik tesebut. Aku control lagi panik aku. "Masa nak pergi parking, aku ternampaklah mayat yang di tutup dengan cadar putih hotel. Aku nampak segalanya sampai polis bersihkan darah di atas jalan," katanya. Siapa sangka, kejadian pada akhir 2019 itu meninggalkan kesan kepada dirinya sehingga menjadikan dirinya trauma apabila menginap di hotel terutamanya yang tinggi. Ketika mahu meninggalkan bilik hotel mereka, wanita berkenaan terpandang bilik individu yang membunuh diri itu, yang terletak selang sebelah dari bilik mereka. Gambar hiasan "Aku seram tengok hotel tinggi tinggi, koridor bilik yang panjang, suasana hotel yang sunyi dan private. Kalau sebelum ni aku akan cari hotel rating yang paling bagus 4. Tapi sekarang aku cari hotel yang biasa sahaja janji tak tinggi dan ramai orang. "Kesan lain juga, aku jadi nervous dalam bilik hotel, aku terbayang macam-macam, lif buka tapi tak ada orang, ada orang ketuk bilik. Aku jadi tak enjoy dengan percutian aku. "Sampai sekarang kalau aku pergi hotel, aku amalkan apa yang disuruh contohnya bagi salam, flush toilet sebelum guna, buka langsir dahulu. Aku harap trauma aku ini boleh hilang," katanya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!