suria

Followers tak ramai tapi nak juga suruh reviu produk, isteri dedah ‘taktik pelik’ suami nak mengurat - “Bila call saya rasa sesuatu, suara dia ala-ala Zul Ariffin”

Ayna berkongsi paparan skrin mesej yang dihantar oleh suaminya pada 2019 yang menjurus kepada perkenalan mereka sehingga mendirikan rumah tangga.

KALAU dah jodoh, pasti tak ke mana.

Begitulah kisah pertemuan pasangan sama cantik sama padan ini menerusi laman Instagram pada 2019 yang akhirnya membawa kepada penyatuan mereka pada November tahun lalu.

Kisah mengenai Ayna Nabilah Rusli, 23, dan suaminya, Mohd Faiz Roselan, 24, menarik perhatian ramai selepas ia dikongsi menerusi satu video di TikTok yang kini meraih lebih 100,000 tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dengan tabiat si gadis suka meroyan di Twitter, jurutera ini try dengan hanya satu perkataan... kini belum pun setahun mereka lebih mesra di rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Kelantan akui terlalu memilih... kini cikgu bahasa Arab buang rasa malu, cari jodoh di Twitter - “Adik pun dah kahwin”

Bercakap kepada mStar, wanita kelahiran Tumpat, Kelantan yang mesra disapa Ayna itu mengakui tidak sangka video berkenaan akan menjadi perhatian ramai kerana ia dikongsi secara suka-suka sahaja.

"Sebenarnya saya kongsi untuk content TikTok semata-mata. Memang tiada niat apa-apa. Masa tu saya tengah bosan.

"Kebetulan saya jumpa balik screenshot perbualan kami di Instagram ketika mula-mula berkenalan. Jadi saya kongsikan di TikTok, tak sangka viral sampai macam ni," ujarnya yang kini menetap di Selangor.

Ayna dan suaminya berasal dari Kelantan.

Ketika dihubungi, Ayna sempat memperincikan 'taktik' yang digunakan suaminya pada masa itu untuk berkenalan dengannya.

Kata Ayna, ia bermula dengan teguran biasa sebelum suaminya meminta dia membuat reviu produk kosmetik sehingga menjurus kepada perkenalan lebih serius antara mereka.

"Masa tu Februari 2019. Dia reply Instagram Story saya. Dia cakap, bila tengok saya dia rasa macam nak kahwin. Dia asyik direct message (DM) setiap kali saya upload Instagram Story.

"Saya tak pernah reply dalam masa beberapa bulan pertama. Tapi saya perasan je DM dia. Sehinggalah pada satu hari, dia minta saya buat reviu produk.

Sekarang semua benda di hujung jari. Bila jumpa di internet, kena pandai pilih.

AYNA

"Suami saya buat produk kosmetik. Dari situ kami berhubung melalui WhatsApp. Mula-mula pasal kerja saja.

"Tapi bila dia call untuk cakap pasal kerja, dari situ saya rasa sesuatu, suara dia ala-ala pelakon Zul Ariffin. Saya memang suka lelaki suara macam tu.

Ayna dan suami kini menetap di Selangor.

"Memang saya buat reviu untuk dia pada masa tu walaupun followers saya tak banyak. Tapi dia kata tak apa, dia nak video reviu. Reviu tu macam alasan, sebenarnya dia ada niat nak mengurat," ujarnya berseloroh.

Menurut Ayna lagi, sebagaimana zaman sudah berubah, tiada masalah sekiranya kita mahu mencari jodoh menerusi internet.

Video kisah mereka berdua meraih lebih 100,000 tontonan di TikTok.

Apa yang penting katanya, lakukan penyelidikan dan sentiasa berhati-hati agar tidak mudah ditipu.

"Kenal di media sosial ni ada kebaikan dan keburukannya. Sekarang semua benda di hujung jari. Bila jumpa di internet, kena pandai pilih.

"Kena selidik juga. Tengok kawan-kawannya macam mana," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain