suria

Lelaki ini hairan, kawan baharu yang ditemui di masjid pilih nak makan lempeng untuk berbuka, bukan nasi! - “Aku touching, tak kira... nak belanja juga”

Lelaki berkenaan hanya membeli telur dan tepung kerana kesempitan wang lantaran turut menanggung ibu dan bapa serta adik di kampung. Gambar hiasan

DI kala kita menikmati pelbagai juadah enak ketika berbuka puasa, sebenarnya ada ramai insan kurang bernasib baik yang hanya makan ala kadar sahaja.

Mereka terpaksa 'mencatu' makanan malah makan apa sahaja untuk mengalas perut ketika berbuka, sedangkan ada dalam kalangan kita pula terpaksa membuang makanan yang berlebihan.

Dalam satu posting di Facebook, seorang pelayar berkongsi kisah pertemuannya dengan seorang lelaki yang begitu menjentik perasaan sehingga membuatkan dirinya sebak.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi 6 anak, bapa OKU sanggup cari helah... sakan shopping barang rumah, hakikatnya tak ada duit sesen pun! - “Saya biarkan tuan kedai mengira macam biasa”

ARTIKEL BERKAITAN: Hari anak sulungnya lahir, hanya ada RM20... bapa muda tetap usaha sediakan barangan bayi, lampin pakai buang mampu 7 keping sahaja - “Cekal sediakan keperluan walau kekurangan”

Menurut pelayar berkenaan, ketika itu dia sedang beratur untuk membayar barangan yang dibeli di sebuah pasar raya.

"Tadi tengah beratur beli barang aku nampak ada seorang ni dok tercegat je tepi bahagian tepung. Dalam hati macam pernah tengok orang ni tapi macam takut salah orang.

"Masayallah! Ni brother semalam aku jumpa dekat Masjid Hussain waktu tarawih semalam. Hangpa tahu dia beli apa? Dua biji telur dan tepung sepeket je," katanya dalam perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook Penang Kini.



Perkongsian pelayar berkenaan mengenai kisah rakan baharunya yang ditemui di pasar raya.

Tanpa berlengah, dia menegur lelaki berkenaan, tetapi tergamam adalah sebaik sahaja mendengar jawapan 'rakan barunya' itu.

"Dia cakap beli tepung nak buat lempeng untuk berbuka. Kalau beli beras, dia tak ada lauk nak buat makan. Segan asyik tumpang kawan. baru dapat kerja, tak ada gaji. Bolehlah tahan dua, tiga hari.

"Duit hantar ke kampung untuk adik bersekolah. Mak tak boleh menoreh musim hujan. Kalau beli tepung, boleh cicah dengan gula.



Lelaki berkenaan hanya membeli telur dan tepung untuk dibuat lempeng sebagai sajian berbuka puasa.

"Allahu... hang memang buat aku touching, bang. Kali ni tak kira, aku nak belanja juga," tulisnya.

Bagaimanapun lelaki tersebut menolak pelawaannya dengan bersungguh-sungguh, namun akhirnya akur selepas dia berkeras.

"Dia kata, saya sihat bang saya boleh ikhtiar. Ramai lagi susah dekat luar sana tu. Aku cakap 'ini ikhlas bang. Jangan macam ni. Kita ni tak kenal, abang anggaplah saya ni kawan kalau abang tak nak sedekah.

Dia kata nanti dapat gaji dia ganti. Aku cakap tak payah bang. Sebelum dia pergi, aku perhati ja dari jauh. Asyik kesat mata, menangis.

PELAYAR FACEBOOK

"Aku tak rasa dia tipu. Dia memang nampak kusut sangat. Banyak benda dia macam rahsiakan. Dia pegang saja bakul tu sampai sudah tak ambil apa apa. Aku yang ambil apa yang aku rasa keperluan. Bolehlah kot dia tahan dalam seminggu lebih.

"Dia kata nanti dapat gaji dia ganti. Aku cakap tak payah bang. Sebelum dia pergi, aku perhati ja dari jauh. Asyik kesat mata, menangis.



Netizen turut terkesan dengan perkongsian pelayar berkenaan, malah mendoakan rezeki lelaki tersebut dipermudahkan.

"Allah tu maha kaya. Dia uji kita waktu kita senang, apa kita boleh buat dengan orang susah. Semoga urusan kau dipermudahkan," tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 500 shares di Facebook.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain