suria

‘Padah’ beli online, lelaki ini ‘naik hot’ terima gigi palsu macam mainan budak... tapi sekeluarga terhibur muka bapa jadi Steve Harvey

Wajah Jasreh Dukim (kiri) kelihatan seperti Steve Harvey (kanan) selepas dia mencuba gigi palsu yang dibeli secara dalam talian.

KISAH seorang bapa yang membeli gigi palsu secara dalam talian ternyata mencuri perhatian netizen.

Malah, video memaparkan Jasreh Dukim, 50, sedang menggayakan gigi palsu itu turut menjadi tular di media sosial.

Menurut anak sulungnya, Nurul Atiqah, 30, gigi palsu itu ternyata tidak selesa untuk dipakai dan tidak sesuai dengan bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaga gigi palsu, ia bukan hanya pelengkap senyuman si pemakai

ARTIKEL BERKAITAN: Si cantik tiada 2 batang gigi ‘famous’ selepas sertai media sosial, simpan kisah duka terpaksa berhenti sekolah jaga ibu sakit kanser

Namun, dia terhibur apabila wajah bapanya kelihatan seolah-olah pengacara dan pelawak antarabangsa, Steve Harvey setelah memakai gigi palsu itu.

"Gigi palsu tu ayah beli online, baru sampai pada Khamis. Jadi dia nak cuba pakai. Kata ayah, gigi palsu tu keras, bentuknya pun lain.

"Saya tengok ia macam gigi palsu permainan kanak-kanak, yang macam taring dracula tu. Kalau pakai untuk sekadar bergambar, OK saja. Tapi memang tak sesuai untuk kegunaan harian.

Kisah mengenai lelaki ini tular selepas dikongsi oleh anak sulungnya menerusi TikTok.

"Bila ayah pakai, adik ipar saya kata, muka dia macam pengacara yang kepala botak tu. Jadi kami pun Google muka Steve Harvey, memang nampak hampir sama," ujarnya berseloroh.

Mesra disapa Atiqah, ibu kepada dua cahaya mata itu sempat merakam video aksi bapanya mencuba gigi palsu itu setelah ia dihantar ke kediaman mereka.

Gigi palsu yang dibeli secara dalam talian dihantar kepada bapa Atiqah pada Khamis.

Malah, dia sama sekali tak sangka ia akan tular selepas dikongsi menerusi aplikasi TikTok.

"Mula-mula pakai gigi palsu tu, ayah macam nak marah. Dia juga kata nak pulangkan semula kepada penjual.

Bila ayah pakai, adik ipar saya kata, muka dia macam pengacara yang kepala botak tu.

ATIQAH

"Tapi memang lawak, saya tergelak-gelak masa rakam video. Tak sangka pula akan viral. Saya pun ada maklumkan pada ayah pasal dia tengah viral di TikTok," ujarnya lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambahnya lagi, rata-rata komen di TikTok turut terhibur dengan video itu dan bersetuju bahawa wajah bapanya kelihatan persis Steve Harvey selepas memakai gigi palsu itu.

Kata Atiqah, bapanya juga merancang untuk membuat gigi palsu dengan doktor, namun sekadar mahu mencuba apabila membelinya terlebih dahulu menerusi kedai dalam talian.

Sebahagian ahli keluarga Atiqah.

Dedah Atiqah, bapanya bekerja sendiri sebagai ahli perniagaan manakala dia sendiri turut menjalankan bisnes kosmetik secara dalam talian.

Atiqah,ang menetap di Kuala Lumpur kembali ke kediaman keluarganya di Kota Marudu, Sabah, pada awal tahun lalu ketika pergerakan rentas negeri masih dibenarkan.

Ujarnya, dia merancang kembali ke semenanjung selepas sambutan Aidilfitri ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain