suria

Bekas jurutera masih ‘berbisa’! Cipta alat sangai kacang untuk anak jual apam balik, tapi isteri yang syok lebih - “Kos kurang RM100, masalah pun selesai”

Alat yang di cipta oleh Yatim untuk memudahkan proses mengangai kacang tanah.

KALAU nak cerita bab masak-memasak selalunya wanitalah yang paling handal.

Campak-campak je terus menjadi lauk untuk dihidangkan kepada keluarga.

Tapi bagaimana jika kita letak seorang bekas jurutera di dapur, apalah agaknya yang akan terjadi?

Menerusi rakaman video di aplikasi Tiktok, Mohamad Yatim Mohd Yusof, 47, menggunakan pengalamannya sebagai seorang jurutera untuk menyelesaikan masalah di dapur.

Bapa kepada lima anak itu mencipta alat untuk memudahkan proses menyangai kacang yang biasanya mengambil masa yang lama untuk siap.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sorry tak good looking macam orang lain, tapi saya yakin” - Pelajar tak mahu pendam bakat hanya kerana badan besar, video cover lagu Bruno Mars raih pujian

ARTIKEL BERKAITAN: Jualan Sambal Nyet cecah RM1juta, tiada video masakan 11 Ramadan... Khairulaming ambil ‘off day’ nak rehatkan minda - “Saya hanya lelaki biasa...”

Mesra disapa Yatim, dia mencipta alat tersebut kerana anak sulungnya Mohamad Nazmi Mohamad Yatim, 24, ingin menjual kuih apam balik dan memerlukan kacang tanah yang telah disangai.

“Anak sulung saya nak jual apam balik di gerainya. Jadi saya cubalah untuk tolong sediakan bahan ramuan, termasuk kacang.

“Saya perasan kalau kita nak sangai kacang ni memang ambil masa lama. Kita tak boleh tinggalkan kacang atas dapur dan buat kerja lain sementara menunggu.

“Disebabkan itu, saya pun fikirlah cara bagaimana nak memudahkan proses tersebut dengan mencipta satu alat yang boleh bantu kita mengacau kacang ketika meyangai supaya tidak hangus,” katanya kepada mStar.

Yatim mahu cipta alat untuk menangani masalah teknikal di dapur.

Menurut lelaki itu, dia mengambil masa hampir sebulan untuk mencipta alat tersebut kerana ia memerlukan beberapa proses modifikasi sehingga ciptaan itu benar-benar berfungsi dengan sempurna.

Yatim menggunakan bahan yang telah sedia ada di rumahnya seperti periuk, penggerudi dan beberapa alatan lain untuk menyokong reka bentuk ciptaannya.

“Anggaran kos untuk nak buat benda ni kira-kira RM200 kalau gunakan semua bahan baru. Tapi kalau guna apa yang ada di rumah, tak sampai RM100 pun.

“Saya pun guna je periuk yang terbiar di dalam rumah ini dan jadikan mesin sangai kacang automatik supaya kita boleh biarkan buat seketika sambil menyiapkan tugasan lain di dapur.

“Anak-anak gembira bila tengok saya dapat buat alat tu, tapi yang paling seronok sekali isterilah. Sebab dia dah tak perlu nak risau lepas ni kena duduk menghadap kacang tu sahaja, ” katanya sambil menambah, anaknya berniaga di sebuah gerai yang terletak di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Lepas dah berjaya buat mesin untuk sangai kacang ni, saya lebih berminat untuk cipta benda lain untuk digunakan di dapur. Kalau boleh saya nak selesaikan sebarang masalah teknikal yang di dapur.

MOHAMED YATIM MOHD YUSOF

Yatim pernah bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama lapan tahun. Dia diberi latihan dan kursus oleh pihak syarikat sehingga menjadi seorang jurutera kawalan kualiti.

Walaupun telah bersara pada tahun 2013 dan kini menjadi imam di Masjid Ar Raudhah Kariah Terap Kulim, Kedah, Yatim masih lagi giat menggunakan kemahirannya itu untuk mencipta alat bagi menyelesaikan segala masalah yang dialami isterinya Manisah Mohamed Dahlan, 46, ketika di dapur.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga selama 25 tahun dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

“Lepas dah berjaya buat mesin untuk sangai kacang ni, saya lebih berminat untuk cipta benda lain untuk kegunaan di dapur. Kalau boleh saya nak bantu menyenangkan proses memasak untuk isteri.

"Memandangkan Nazmi nak meniaga apam balik, saya juga ada buatkan tempat memasak kuih itu untuk dia gunakan di gerai," katanya yang berasal dari Kedah.

Mesin menyangai kacang tanah ciptaan Yatim itu juga membolehkan dia menjual kacang tanah rangup yang telah dikisar secara dalam talian untuk mereka yang mahu menggunakan bahan tersebut dalam masakan dan juga kuih-muih.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain