suria

Sering pakai helmet ‘telinga kucing’, kaki pendek tak cecah tanah... wanita ini beli superbike tanpa pengetahuan keluarga demi minat

Hana membeli superbike ini pada tahun 2019 tanpa pengetahuan keluarganya.

SEBUT sahaja mengenai dunia permotoran, ia cukup sinonim dengan kaum lelaki.

Namun jangan terkejut, ada ramai juga wanita di luar sana yang berani meluncur laju di lebuh raya dengan menaiki motosikal berkuasa besar.

Hanadiiah Mikil, 29, yang memiliki superbike jenis Yamana NT07 turut mencuri tumpuan ramai apabila dia sering berkongsi video mengenai hobinya menerusi media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengusaha spa jiwa kental! Umur 12 tahun dah tunggang motor, tak serik 2 kali kemalangan... kini bangga ada 4 motosikal!

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun suami tak makan pujuk, tiba-tiba jadi sporting habis! Ibu 2 anak terkejut dapat restu tunggang superbike - “Saya keluar ride, dia jaga anak”

Mesra disapa Hana, kerani dari Sandakan, Sabah ini mengakui minatnya itu pada awalnya tidak mendapat restu keluarga, namun nekad untuk meneruskannya..

"Memang dah lama minat, tapi keluarga tak bagi. Jadi saya bermula dengan hobi kereta dahulu. Saya banyak menyertai pameran kereta sejak tahun 2016.

"Pada 2019 saya beli superbike tanpa pengetahuan keluarga. Dah sampai baru mereka tahu. Mereka bising juga pada mulanya.

Hana juga meminati kereta dan sering menyertai pertunjukan sejak tahun 2016.

"Tapi mereka OK saja sebab saya beli dengan hasil usaha sendiri. Yang penting kena pandai jaga diri. Sudah tentu keluarga risau setiap kali saya keluar bawa superbike," ujarnya kepada mStar.

Menurut Hana yang juga anak pertama daripada dua beradik, minat dalam dunia permotoran tidak sepatutnya dihadkan kepada kaum lelaki sahaja.

Saya juga ada perancangan untuk upgrade superbike lain tapi belum berkesempatan lagi.

HANA

Malah, dia sendiri banyak meminati 'lady bikers' dari negara barat sehingga memberi inspirasi dan keberanian untuknya membuat 'solo ride' sejak memiliki motosikal itu.

"Saya punya ketinggian hanyalah 153 sentimeter (cm). Kaki pun tak sampai tanah kalau naik superbike.

"Saya bermula dari zero. Saya pertama kali belajar bawa motor ketika saya beli superbike ini pada tahun 2019.

Hana banyak membuat perkongsian mengenai minatnya itu menerusi media sosial.

"Memang susah pada mulanya, tapi ia tak ambil masa lama. Kalau minat dan berani, InsyaAllah senang," ujarnya lagi.

Tambahnya, dia juga bersyukur apabila tidak pernah berhadapan kemalangan teruk sepanjang berjinak-jinak dalam hobi itu.

Menurut Hana lagi, dia juga terharu apabila video-video yang dikongsi meraih perhatian netizen.

Jelasnya, dia juga banyak menerima mesej dan pertanyaan mengenai hobi itu, malah terbuka untuk berkongsi pengalamannya dengan mereka di luar sana.

Hana terkenal dengan pemakaian topi keledar 'bertelinga kucing' dalam kalangan pengikutnya.

"Saya terharu, makin bersemangat nak buat video. Setakat ini belum ada komen negatif.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya juga ada perancangan untuk upgrade superbike lain tapi belum berkesempatan lagi," ujarnya.

Di Instagram dan TikTok, kelibat Hana dengan superbike sambil memakai topi keledar comel dengan aksesori seperti telinga kucing turut menjadi perhatian netizen.

Untuk rekod, dia memiliki lebih 120,000 pengikut di TikTok

.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan