SIAPA sangka satu keluarga diuji di bulan Ramadan, apabila kedai makan yang diusahakan mereka kurang mendapat sambutan untuk waktu berbuka puasa. Dugaan itu diluahkan oleh seorang gadis yang begitu bimbang melihat kesedihan bapanya menghadapi situasi itu. Luahan tersebut dikongsi menerusi satu ciapan di laman Twitter, sehingga menjadi tular selepas diulang kicau lebih 20,000 kali. ARTIKEL BERKAITAN: Mak dah tak jual cendol, anak buka kedai kopi depan rumah... sempoi sebab guna kabinet lama je! - "Hari pertama laku 11 cawan" ARTIKEL BERKAITAN: Tak ada duit sambung belajar, pemuda balik kampung dan buka kedai kopi dalam bilik tidur... kini harapkan rezeki di lorong belakang Gadis berkenaan, Yzmeen Saniah Zainuddin berkata, bapanya mengusahakan sebuah restoran di Bukit Jelutong di Shah Alam, Selangor sejak Ogos tahun lalu. Luahan Yzmeen mengenai bapanya di laman Twitter. Namun katanya, bisnes makanan dan minuman (F&B) itu yang awalnya beroperasi dari pukul 5 petang hingga 10 malam sepanjang Ramadan kurang mendapat sambutan. "Pada minggu pertama puasa, kedai makan ayah tak ada sangat pelanggan yang datang. Kalau ada pun cuma seorang atau dua orang datang untuk berbuka puasa. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Dalam tempoh seminggu itu juga, selama dua hari langsung tak ada pelanggan. Bayangkanlah kedai sunyi je dari pukul 5 pagi hingga 10 malam," katanya kepada mStar. Namun, Yzmeen yang berusia 20 itu tidak mengetahui punca ia tiada sambutan kerana hebahan mengenai restoran itu beroperasi untuk berbuka puasa telah dibuat lebih awal. Restoran keluarga Yzmeen dikenali dengan hidangan Chicken Chop. "Sejak sebelum Ramadan lagi kami sekeluarga telah edarkan flyer promosi tentang kedai kami di seluruh Bukit Jelutong. Malah mak ada beli iklan di Facebook. "Mencabar, setiap hari ayah pergi pasar beli barang mentah. Fikir nak bayar sewa kedai, nak bayar gaji pekerja lagi... semuanya pakai duit," ujarnya yang menetap di Shah Alam. Ayah pendam saja perasaan dia. Kadang-kadang ayah berdiri di depan atau belakang kedah termenung seorang diri YZMEEN Lebih membimbangkan anak sulung daripada tiga beradik itu apabila bapanya berusia 52 tahun itu memendam kesedihan di kedai mahupun di rumah. "Ayah pendam saja perasaan dia. Sebagai anak, saya nampak kesedihan itu. Kadang-kadang ayah berdiri di depan atau belakang kedai termenung seorang diri. "Suatu hari di rumah, ayah termenung dan tanya saya 'Macam mana ni?'. Jadi malam tu saya luahkan apa yang berlaku di Twitter dengan harapan ada yang ambil perhatian," kata Yzmeen. Bapa Yzmeen berpengalaman sebagai cef lebih 25 tahun. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau di Negeri Sembilan itu sama sekali tidak menyangka luahannya menerusi satu ciapan di Twitter itu menjadi tular semalaman. "Saya tak sangka tweet tu blow up. Ramai yang telefon kami nak buat tempahan untuk berbuka puasa, mesej masuk di WhatsApp memang tak henti-henti. "Dari ada hari-hari yang seorang pelanggan pun tak muncul selepas tular setiap hari penuh. Malah tempahan juga penuh untuk beberapa hari. Syukur Alhamdulillah, ” katanya sambil menambah operasi kedai turut dibantunya bersama ibu dan adik lelaki berusia 19 tahun. Operasi kedai makan semakin sibuk selepas tular. Yzmeen berkata, restoran yang diusahakan oleh bapanya yang berpengalaman sebagai cef selama lebih 25 tahun menyajikan sajian Barat dan terkenal dengan hidangan chicken chop. "Ayah sebelum ini diberhentikan tahun lalu selepas syarikat terkesan dengan pandemik Covid-19. Sebab itu ayah memulakan operasi kedai makan ini secara kecil-kecilan. "Jika dulu operasi di bulan Ramadan setakat pukul 10 malam saja, tapi sekarang kami lanjutkan hingga 12 tengah malam. Mudah-mudahan lebih ramai yang akan datang ke kedai makan kami bukan sahaja untuk waktu berbuka puasa selepas ini," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!