BERMULA dengan sakit kepala, siapa sangka ia rupa-rupanya membawa kepada penyakit yang serius. Itulah yang dialami oleh wanita ini apabila dia disahkan menghidap sakit buah pinggang tahap 5, baru-baru ini. Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Syuhada, dia sebenarnya mengalami sakit kepala sejak setahun yang lalu. ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum berlaku, mata putih bertukar jadi biru” - Derita penyakit jarang jumpa, wanita dedah dah lebih 100 kali patah tulang ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya hadiah kipas angin sangat dihargai pesakit kanser, dalam situasi tertentu mampu cetus drama air mata di wad "Dalam setahun juga sakit kepala dan saya sangka ia adalah migrain. Saya fikir mungkin sebab tak cukup rehat kerana bekerja ikut shif. Selalunya, apabila diserang migrain, saya akan makan ubat (painkiller) dan tidur. "Selepas bangun tidur, migrain tersebut akan hilang. Namun baru-baru ini apabila saya makan ubat dan tidur, sakit kepala masih ada walaupun selepas dah tidur," ujarnya. Semuanya bermula apabila Syuhada kerap mengalami sakit kepala sejak setahun lalu dan dia hanya mengambil ubat penahan sakit. Menurut Syuhada, dia kemudian pergi ke klinik dan hasil pemeriksaan doktor mendapati tekanan darahnya tinggi sebelum mengesyorkannya untuk membuat ujian darah bagi mengesan penyakit lain. Dia bagaimanapun tidak berbuat demikian sebaliknya mengambil ubat painkiller untuk meredakan rasa sakit kepala, sehinggalah secara tiba-tiba sebelah wajahnya menjadi lumpuh atau diserang 'bell palsy'. "Saya pergi ke klinik swasta namun disaran untuk ke klinik kerajaan sebab ada fisioterapi. Di klinik kerajaan, doktor buat test macam-macam sehinggalah part buah pinggang, bacaannya tinggi. Mereka refer ke hospital. Sebahagian daripada perkongsian Syuhada mengenai kisahnya yang menderita penyakit buah pinggang tahap 5. "Di hospital, selepas ujian darah, doktpr beritahu buah pinggang saya dua-dua dah rosak... dan sekarang berada di stage 5. Katanya sembilan peratus je elok. "Memang terkejut sangat dan tak dapat terima sebab tak percaya... iyalah, saya aktif bersukan, tak ada simptom, sihat macam biasa, tiba-tiba dapat tahu sakit buah pinggang stage 5. "Mulanya saya lari sebab tak nak kena masuk wad. Namun saya fikir, nanti makin teruk, jadi saya serah diri. Dalam tiga hari juga kena warded," ujarnya yang juga seorang pegawai polis. Saya aktif bersukan, tak ada simptom, sihat macam biasa, tiba-tiba dapat tahu sakit buah pinggang stage 5. SYUHADA PESAKIT BUAH PINGGANG Bercerita mengenai keadaannya ketika ini, Syuhada berkata dirinya tidak mengalami perubahan yang ketara. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Nak kata letih, ia bergantung kepada pemakanan ubat. Cuma ketika ini saya kena hadkan pengambilan air... lebih kurang sebotol kecil air mineral saja. "Kalau terlebih, nanti kaki mesti bengkak. Jadi doktor sarankan untuk kemam ais untuk mengurangkan rasa dahaga. Syuhada berkongsi kisahnya di media sosial bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai betapa pentingnya mengambil berta hal kesihatan diri. "Dalam masa yang sama, saya cuba juga rawatan tradisional. Kalau ikutkan, saya perlu menjalani pembedahan untuk menebuk sama ada di leher atau perut namun ada beberapa prosedur yang perlu dilalui sebelum itu. "Saya cuma berharap agar ada sinar untuk pulih semula. Tak sangka juga perkongsian saya viral sebab saya hanya mahu berkongsi pengalaman sendiri, dan dalam masa yang sama mahu memberi kesedaran kepada orang ramai agar jangan ambil remeh soal kesihatan," ujarnya yang turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memberikan kata-kata semangat kepadanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!